Track: DBSK; Keep Your Head Down
Pathology practical exam ends today. 3 down. 1 more to go. harap-harapnya aku tak ketar depan lecturer esok pagi. tak mahu jadi macam tadi. di tanya satu soalan,aku senyum. buat muka confuse lepas tu sengih. nasib baik dengan HOD tadi aku boleh cakap tanpa gagap. fuhhh. legaaaaa.
dan aku risau pasal mak. mak sudah 6 bulan. sudah masuk trimester. mak risau macam ini anak pertama dia. mungkin sebab kali terakhir dialami benda sebegini ialah 8 tahun yang lepas. semoga semuanya selamat. ameen.
oh aku tak sabar nak pegang adik baru. serentak dengan anak saudara pertama aku! alhamdulillah. Tuhan bagi kami rezeki murah mencurah curah. tak tahu nak kata apa dah.
dan yours truly sungguh di sayang Tuhan. diberi aku kawan-kawan pelbagai ragam. di beri aku keluarga pelbagai kerenah, hanya lah untuk membuktikan yang dalam dunia ni, semua benda tak sama. membuktikan dalam dunia ni, masih banyak benda untuk di fikir dan direnungkan.
syukur.
lepas tu result pharmaco dah keluar. syukur lagi. apa yang di usaha, itu lah yang Tuhan bagi. kalau nak lebih, usaha lebih. kan?
okay. aku dah habis ayat. writer's block orang kata. ceh. konon.