hai hai semua.bertemu kembali kita dalam...diam.maafkan aku yang tengah hampir tak betul berperang dengan homework dan pelajaran yang menimbun nimbun mintak perhatian tapi tetap diabaikan.hoh panjangnya ayat!
oleh kerana nak balik Khamis ni,which is LUSA maka kena siapkan semua homework dan belajar apa yang patut sebelum pulang ke Malaysia.dan memang akan bawak balik buku Patho ni sebab lepas balik ke India 5 hari,dah ada test.cis.sabar.
esok rabu.and it's gonna be a very long and tiring day and busiest day in this week.esok lah nak keluar beli..erk malas nak cakap.esok lah kena lipat baju simpan elok2.esoklah kena packing barang nak bawak balik.esok la nak pergi siapkan assignment Pharmaco sebab bila balik 30hb dah sampai due date hantar kerja =.="
yang atas ni bukan mengeluh.itu luahan dalaman setelah di tahan selama beberapa hari.
takpe.aku usaha keras dengan bayangkan balik ni boleh melantak durian,rambutan rambai char kuew teow secret recipe tom yam kung nasi lemak sambal sotong manis marshmellow halal sushi murah dan semuanya!oh ya.lauk kenduri jua sebab Lisa sayang dah ajak pergi kenduri dekat rumah dia.
menjadi semua plan yang dirancang.inshaAllah.
lepas tu habis segala azab,jangan ingat boleh bersenang lenang sebab exam dah dekat sangat.dan kemuncaknya ialah...
1 Ramadhan.
sungguh tidak sabar.sungguh.eventough dah rasa nak nangis bila fikir tahun ni kena raya di India.dan yang lagi sedih,hari ni raya,esok exam theory.haruslah makan rendang depan buku.lupakan lah semua plan nak main bunga api ke hape.tsk tsk.sungguh hiba.
oleh itu,aku nak pergi masak mee segera untuk hilangkan kehibaan.