i love Ophthalmology posting.not that i love to learn about eyes that much(okay.kena suka jugak).but i just love it because i got to go back soooo early today.3.30 pm dah sampai rumah tauuuu.hahahaha.
gembira overload.
tapi ni ada satu benda yang tak best.
all this years,i've waited for Lagenda Budak Setan to be filmed on.and now,bila dah difilemkan,tak boleh tengok pulak.hmpph!nanti download aje lah.
tapi yang tu sikit aje kalau nak dibandingkan dengan berita ni.memang tak tertanding la dengan berita yang satu lagi ni.apa?
tahu pasal Lifeline for Gaza?yang ada rakyat Malaysia ikut sekali pergi ke Gaza untuk hantar bantuan kepada umat islam yang ada di sana?ada berita mengatakan yang dah 30 orang telah syahid.Ya Allah.sungguh mulia.dan sungguh bertuah mereka.semoga usaha untuk bantu Gaza kali ni,paling tidak pun akan dapat ringankan beban rakyat Palestin di sana.tidak banyak,sedikit.inshaAllah.mari du'aa.itu senjata paling utama dan kuat.
today is one of the best day i ever had in my life.except for the sprained ankle yang tortured me every time i walked.
okay.kenapa hari ni best?
first,pergi pasar.and i got to but fresh fishes and prawns and squids and okay okay berhenti sekarang sebab orang tahu apa yang ada dekat pasar.then balik kemas rumah and all,dan rumah jadi SANGAT BERSIH.i love rumah yang bersih macam sekarang ni.bukan before ni tak bersih or kotor gila,but at least,semua dust dekat dapur,meja makan bla bla bla dah takde.haha.
lepas tu,masak nasi lemak sambal sotong.sedap :)
petang pulak masak bihun goreng dengan makan mangga dengan Kak Ana and Kak Fad.dengan housemates and jiran-rumah-sebelah-you-know-who lah kan.
then dapat tolong hana and the geng melipat lepat labu.aku memang suka memasak.silalah faham kenapa aku suka.
lepas tu Ili just came back from Malaysia and brought me a slice of CARROT CHEESE CAKE of Coffee Bean yang memang nak makan sangat2.eventhough bukan secret recipe,but then still sedap!balik Malaysia July ni memang nak bawak balik banyak2!ahahah
lepas tu Teddy si kucing dah wangi.okay.takde kaitan di sini.
baik.i'm done bragging about my usual life yang takde la best mana kalau nak compare dengan Barbie(tiba2 Barbie masuk dalam kisah penceritaan).muahaha.
in a nut shell(dulu memang suka guna ayat ni buat perenggan penutup untuk karangan),i am happy and grateful enough to be me,Azian Hana.
i'm done with clinical exam for Medicine.merdeka!at least for now lah. 16 haribulan jun ada exam microbiology pulak.takpe.busy itu rahmat(macam yang Amirah Saryati cakap)
here's some scenes during my exam today;
"so,what's the problem?" "liver problem.enlargement at the right side."
"menangis bukan tanda kau terlalu lemah,tapi kerana manusia lain terlalu gagah"
dalam hidup,memang tak semua hitam putih.sebab itu diwujudkan hijau,merah,kuning,kelabu dan jingga.
dalam hidup,tak semua mahu mendengar dengan sebenar-benar dengar.kadang,yang menganguk itu tak semestinya mahu angguk.cuma sudah resmi manusia.angguk itu tandanya iya.(bukan orang india mcm kat sini lah.sini geleng pun iya juga =.=")
dalam hidup,kau tak akan dapat semua.kau ada ini,tapi kau tak punya itu.dunia ini Allah sudah cipta cukup cantik.yang memburuk dan merosakkan,itu kita,manusia yang tak reti bersyukur sama Allah.
lewat petang tadi,aku mengungkap silam aku.terkesan di jiwa beberapa perkara.kalau nak di ungkap,mahu bertimba-timba airmata.jadi hentikan aja.
cuma itulah,untuk yang mahu meluah mengungkap,tidak apa.
been very busy with all the tests and works.and not to forget,drama korea jugak.cakap aje la kan,kang tak cakap rasa bersalah pulak.haha.
okay.first of all,please allow me to do some complaints.eh why am i asking for your permission?it's my blog,sukahati lah!
well,
it will be June in less than 4 days.but i haven't reach the 250 pages for UNTOLD.everything has been planned before,but because of certain issues and things,i just can't finish it up on time.memang tak boleh.every time i tried to write something,i ended up staring at those blank pages.macam mana ni?
btw,end posting exam belum start.it's on Saturday bebeh.Alhamdulillah.at least i have more time to *cough* study.mari tengok,study ke tidak.haha.
kawan-kawan seperjuangan ramai yang balik ke Malaysia sekarang.kalau ikutkan hati muda yang membara,memag lama dah aku tempah tiket airasia balik esok hari.tapi sebab memikirkan consequences yang bakal berlaku,maka dihentikan niat itu.it's okay.patience is a virtue.i'll be fine.
*sigh*
i have nothing more to say.dan entry ini tamat di sini.sekian.
hidup dah jadi SANGAT busy.dengan assignment commed,record books and viva for every practical yang dijalankan setiap minggu,sampai bagi aku keluar practical hall pukul 12.45 hari ni =.="
speaking of record book,actually,i am doing forensic medicine's record book right.ni kira take 5 la ni(dah stat dah take five si ayam ni).but this is the last thing i wanna do during midnight lah!kenapa record book forensic kena ada letak gambar mayat segala???!!!untuk manusia yang memang penakut macam aku,suungguh kurang gemar untuk buat record book ini.sheessh!
dan pasal busy.betul.walaupun anda yang ada facebook saya,akan nampak nama Azian Hana online,tapi sebenarnya,tak ade lah meng-stalk gambar orang,apatah lagi berchatting di facebook itu.bukak sebab,automatik lah.dah tab set untuk facebook.haha.ym memang nampak on 24/7 tapi sedikit pun tak ber chatting dengan manusia lain.kecuali pasal benda2 pelajaran dan hari sukan =.="
seminar pharmaco tulat.sungguh gerun sebab belum habis baca.weekend lepas sangat busy dengan hari sukan Mighty Apes.hujung minggu ni lagi la.mari berharap untuk kesihatan yang baik dan kemudahan oleh Allah sahaja.
dah mengantuk,tapi forensic belum siap.dah tengah malam.sungguh cuak bila kena tampal gambar mayat dia atas buku.macam buat kerja pendidikan seni pula =.="
tiba-tiba teringat my other half yang mungkin tengah seronok di Zoo Taiping sana.dah masuk duduk sekali dengan tapir or harimau ke sayang?dulu kalau mengantuk dan cuak tetengah malam,tapi kerja rumah masih banyak dan memang kena siapkan,maka akan paksa manusia indah ini teman.walaupun dengan mulut yang tak berhenti mengomel dan mata yang separuh pejam separuh buka,dia tetap ada.silap haribulan boleh dapat milo panas percuma.rindu kau la ngek.
dah.kalau dibiarkan,sampai minggu depan tak habis mengomel si Azian Hana ni.maka entry ni habis di sini,secara tiba-tiba.dah bye.
p/s: this entry may contains excessive usage of melancholy words and sentences.also has too much emotions in it.so please leave right now if you're not familiar with them.your consideration is very much appreciated.thank you.
aku kira,aku dah cukup kuat untuk tahan semua macam benda yang datang dalam hidup aku.aku kira,aku akan boleh hadap apa masalah yang datang,dengan senyuman dan yakin tak gentar.aku kira,aku bukan lagi manusia cengeng yang menangis bila ada masalah atau diuji.aku kira,aku sudah boleh jadi manusia kuat dan tabah.aku kira,aku ini sudah boleh segalanya.
aku silap kira.
mari,aku cerita apa yang jadi sebulan dua ni.dan iya,aku tak ikut urutan peristiwa.
kau tau,sejak bulan lepas,hidup aku huru hara.tenangnya boleh dibilang dengan jari.pertamanya,jejak kaki lepas balik dari Malaysia,handphone rosak.kemudian aku kira,dengan pinjam handphone kawan,boleh tenang.yang salah kiranya,handphone itu dah hilang.kemudian datang batuk berdarah,yang sampai ke tengah malam ini,aku belum jejakkan kaki ke hospital untuk check.accident motor yang sebabkan lutut bengkak sampai sekarang,juga sudah jadi.nak ditambahkan,speck kawan pula jadi mangsa.ranap patah dek lutut kiri aku.ekzos kemik di motor aku,belum lagi aku betulkan.batuk masih tak hilang,selesema masih ada.demam naik turun.tapi sekarang sudah elok.emak di Malaysia mesti masih risau dengan condition aku.belum kira lagi duit yang aku kena keluarkan untuk semua benda yang memerlukan duit.
belum masuk hal pelajaran yang memang,aku hentam yang mana sempat.
apa sudah jadi dengan Azian Hana yang konon sudah kuat?
dia tak pernah ada,aku kira.
semua ujian,ada markahnya.yes.i believe in that.dan iya,bila ada ujian,ada 2 benda.samada Allah mahu uji iman aku,yang sememangnya turun naik mengalahkan saham dagangan Malaysia,atau Allah mau aku duduk dan tenung dosa aku.
aku tahu semua tu,aku tahu.mesti tenang dan terima dengan redha.mesti banyak selawat dan mohon pertolongan Allah.kebergantungan kepada Allah paling utama.
pendek kata,menjadi optimistik.
tapi,optimistik itu,ada hadnya.aku bukan jenis yang selalu fikir positive.aku cuba dengan sekeras kerasnya untuk menjadi si optimis.cuma bagi aku,memikirkan ke-negatif-an sesuatu perkara itu,boleh membantu kau bersedia untuk sebarang kemungkinan yang buruk.memang,semua nya Allah dah atur dan sedia.tapi untuk aku lepas semua ini,mesti kena ada usahanya.jadi apa ni?apa yang Azian Hana nak cakap sebenarnya?
entah.aku pun dah lupa.
tapi betul.kalau seorang Azian Hana seperti aku,waktu dia sedang menangis,atau mata merah(bukan sakit mata),atau sedang sedih,atau marah,dia memang tak mau orang datang dan pujuk dia dengan ayat2 ini;
"jangan menangis!" laju airmata aku boleh lagi laju turun dari air terjun.
"sabar!jangan emo" aku akan angguk.tapi lepas tu mesti ada mug atau sesuatu yang berkaca akan pecah.
"kau kenapa ni?jangan macam ni" aku boleh tolak manusia tu dan menyebabkan dia jadi marah dan benci aku seumur hidup(mungkin)
pendek kata,sesiapa yang tak kenal aku luar dalam,sila jangan marah bila pujukan anda hanya mengundang benda yang sebaliknya.
aku ni,masih dalam proses menjadi kuat.
*diam*
kau tahu,dalam hidup aku,aku sudah pernah lalu macam-macam.mungkin tak sama macamnya dengan kau yang tengah baca,tapi cukup banyak untuk aku.itu sudah cukup.
dan iya,aku masih pegang teguh dengan ayat al-Baqarah 286.inshaAllah.
dan sekarang,yang aku perlu ialah doa dari kamu untuk aku jadi tabah dan kuat.jangan kata.tetapi buat.itu sudah cukup.terima kasih.
makin besar dan banyak ujian,makin kuatlah kita.betul.ini aku tak nafikan.
dan menjawab entry Kak Ana ini,memang betul orang kata,langit Allah itu sama saja di mana-mana.tapi aku still rasa langit di Malaysia jauh lagi cantik dari langit India.sungguh lah,hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri.aku pilih negeri sendiri.
tapi kat India ni hujan ais batu.sakit weh kalau kena badan =.="
masih belum pergi ke hospital untuk check batuk.petang nantilah.time turun pergi tengok manusia IMS Batch 3 bermain volleyball.and fyi,Azian Hana tak main.sebab memang tak reti main volleyball.dua sukan yang memang,aku surrender awal2 kalau kau suruh aku main;
volleyball and hoki.
dan aku bagitau tak,yang usrah aku dah ditukar?dah masuk under Kak Ana,super senior aku yang sekarang di tahun ke 4.
oh ya.semalam ada pergi meraikan Haziyah Hassan dengan Hamizah Hamidon.harijadi ke 21.sungguh meriah.dan Alhamdulillah.semua berjalan denagn lancar.cumanya,kek bola keranjang sebesar saiz bola sebenar tu,siapalah yang nak menghabiskan.
kebelakangan ni,aku rasa banyak sungguh ujian.bukan ujian bertulis pasal pneumonia etc,tapi ujian dari tuhan.
pertama;selesema yang dah start since talentime lagayyyyy.lepas tu,demam kura-kura 2,3 hari.lepas tu handphone Nadh yang aku pinjam pulak..HILANG!hilang wehhhhh!barang berharga kalau hilang dekat India ni,jangan tunggu lama.10 minit lepas tu,memang sah2 takkan jumpa(exception untuk case purse Nadh yang hilang di hospital).
handphone orang weh!kalau handphone aku,gasaklah.boleh aje hidup tak ada handphone.nak call mak,alah guna ISD.kalau takpun,facebook sudeyyhhh.nak call manusia lain,okay.tak payah lah call.
kenapa bising2 ayam?pergilah beli baru.
hotak lu.mana nak cekau duit beli baru?nak bayar duit gi Dubai lagayy.sapa suruh gatai sangat nak ikut pi Dubai?habaq mai sat =.="
nak bayar duit sewa rumah lagi.14000 rupee wehhh.bukan sikittt.nampak gaya,rancangan nak beli lens untuk kesayangan akan ditunda.bukan takdak duit sangat.adaaaaaaaaa.tapi tak sedap la tengok akaun bank tu ala-ala tak menabung seumur hidup.
bila fikir balik,duit memang penting.ya2.duit memang takkan menjamin kebahagiaan.tapi duit salah satu element penting untuk terus hidup.dan dah sah2 la syarat nak laki kaya tu,sangat betul dengan kehendak dan keadaan semasa.memang agam nombor satu,tapi duit memang kena jatuh nombor 2.tak boleh nombor 3,4,5,6,7 dah diam ayam.
lepas tu,batuk tak berhenti-henti.bangun pukul 2 pagi semata-mata untuk makan ubat batuk.lepas tu terjaga pukul 2 lebih sebab tiba-tiba sakit yang teramat.batuk-batuk.lepas tu ada keluar darah.APAKAH????
sangat tiada mood.maka,telah ponteng posting dengan sengaja.balik makan maggi dan tidur.ni bangun sembahyang dan menaip merapu kat sini,lepas tu ni dah sah2 kena pergi baca buku sebab dah berapa lama kau tak baca buku betui2 ayam?
dah.nak pergi baca buku.esok aje lah kita pergi check batuk berdarah punya hal.
maaf.penulis agak melankolik sejak kebelakangan ni.mungkin pengaruh drama Korea.mungkin pengaruh homeworks yang MasyaAllah!mungkin sebab tahap kesihatan yang menjunam macam roket tak cukup bahan bakar api.mungkin sebab kepenatan yang asyik bergayut tak mahu pergi.mungkin sebab kepala otak tak berhenti fikir itu ini.
atau mungkin aku memang tengah ranap,satu demi satu.aish.
orang kata,berada di kejauhan,boleh membuatkan kamu menghargai semua yang kamu ada.
betul.
aku setuju 150%!
sekarang,jika ada yang mahu menyentuh bahu aku dan kata; "hey",aku sudah cukup puas hati.sebab berada di kejauhan,di mana jaraknya beribu kilometer dari darah daging sendiri,aku kena kuat.orang kata lagi,tak apa.jauh di mata,dekat di hati.dan perkataan "hey" sepatah itu,selalunya,boleh bat aku jadi lebih kuat.percayalah.aku tak tipu.
jauh di mata,dekat di hati?
aku setuju.cuma senario itu,penggunaannya kadang-kadang,hanya cecah 60%.siapa kata,jauh di mata dekat dihati?manusia berubah.ke lebih baik,atau ke lebih tidak baik,itu pilihan masing-masing.aku tak mau cakap tentang itu sekarang.aku cuma mahu tegakkan di sini,yang bila berada di kejauhan itu,kau akan boleh rasa terlupa-kan kepada manusia-manusia yang kau sudah janji tidak akan pernah lupakan dia.okay.pening dengan ayat sendiri.tapi kau faham kan?kan?
maka,apa yang kau cuba nak cakap ni ayam?
tak ada.aku cuma nak cakap;
aku rasa,aku sudah terlupa-kan seseorang yang penting dalam hidup aku.tak sengaja.
dan beberapa minit sebelum aku buka webpage blogspot in,aku jadi ingat ke dia.maaf.aku sungguh tak sengaja.aku tahu kau takkan baca,sebab kau busy dengan binatang-binatang di Zoo Taiping kau tu.
"if only you knew how much i missed you all this time.it's been a year,eyh?"
the only reason i want September to come fast is this;
DUBAI
the plane ticket was booked.okay.over excited.minta-minta Allah izinkan.and automatically,i have one concrete reason for not going back and stuck up with mom's plan this becoming September.
dah.sekarang nak pergi tengok budak-budak berlatih menari agogo untuk Talentime esok.
"nama saya Azian Nur Suhana.tapi semua panggil ayam aje.i have nothing to promised,as i'm afraid that i can't fulfilled all those promises i've made.nanti jadi munafik pulak sebab mungkir janji ke apa.and dalam Islam tak pernah ada kebetulan.Everything is fated.only interchanged by God's will,effort and du'aa.so jika saya terpilih,saya akan cuba yang terbaik.tapi benda first yang akan dikemukakan ialah tentang court basket yang ada satu tiang gol aja tu.itu saja.thank you.assalamualaikum"
these were my speech during manifesto semalam.spontaneous.and well,sum up everything.before naik stage,petang tu call mak sekejap.lepas tu mak cakap; yan cakap sepanjang masa kot.
yes,i talk all the times.
elected or not,i don't care.at least i'm saying what i really want to say.
p/s: September,please come fast.kenapa?tunggu next entry :)
ini betul datang dari aku.bukan manusia gila tengah mamai meracau bangun tulis blog manusia lain.
jiwa aku ini,puitis.lebih lagi dari gaya cakap aku.lebih lagi dari gaya jalan aku.lebih dari luaran aku.dan semua orang,takkan pernah tau.sebab kau semua bukan aku.dan kau bukan tuhan aku.
selama ini,aku rasa mahu lambakkan semua benda-benda yang kononnya mereka labelkan "jiwang" di facebook.tapi ditahan.aku sekatkan.sebab ada yang mengomel sini sikit,sana sikit.aku malas nak bagi tambah dosa diorang,jadi aku tahankan.
tapi berapa lama?sampai bila?
itu aku tak ada jawapan.sebab itu aku buat satu tempat untuk aku lepas semua itu.mana?sini lah,ngek.
and yes,alhamdulillah.i managed to overcome my problems.alah,benda-benda remeh pasal feelings and hati punya masalah ni,semua okay aja bila serah ke Allah.kan ke hati kita ni,Allah yang bolak-balikkan?takde hal la kalau nak bagi elok balik.berserah dengan betul-betul punya daya.
oh esok ada seminar pharmaco.wuiyoooo.bestnyaaaaa =.="
haa,datang dah manusia ngok ngek ni.maaf lah ye anda semua.Azian Hana memang macam ni orangnya.
p/s: malam semalam godek web carik lens best dan murah.jumpa yang best,banyaak.yang murah sikit.apakah?dan lagi,dah merancang ke Dubai pula next cuti.hoh.macam-macam wehhh.
still figuring out my problem.oh to those yang tatau apa masalahnya,kindly refer to previous posts.
well,i guess making me busy with HOPE stuffs and all really make myself...free?at least free dari memikirkan masalah2 yang entah apa apa.aku tak suka bila aku terpaksa layan benda-benda remeh macam ni.
siang tadi,aku rasa macam nak tersedak bila tengok sesuatu.erk,i really didn't see that coming though.okay.aku akan ambik masa beberapa hari dan mungkin,akan bagi jawapan dalam masa terdekat.all i could do is pray.kan?
and yeah.aku rasa macam nak pergi beli lens untuk kesayangan aku yang terbaru tu.tercabarrrrr pulak tengok manusia2 yang mengepos gambar-gambar terbaekkkk di facebook.i'm not really into photography and stuffs, but alang-alang dah ada dslr tu,baiklah melengkapkan beliau dengan aksesori terbaru.kan?
what a lame excuse ayam.cakap aje lah kau memang suka beli menda merapu macam tu semua =.="
oh,oh..lagu CN Blue yang baru; Lovelight is awesome.tapi tak boleh lawan ayat dalam love letters from Him laaa.but i think there's a little bit bias there,since one of the lyrics sounds like;
"i'm Genie for you girl"
Hello Mr.Jung YongHwa. nampak sangat awak suka Cik SeoHyun kotttttttttttt.
takpe.at least rambut serabai guitar merah suara sedap maseh solo molo.eceh.berangannnnnnnnnnn lagaayyy.
dah la.i better go and immersed myself with forensic medicine punya record books.and tak dilupakan Penicillins,Cephalosporins,Carbapenem,Monobactam,bla bla blaaaa...
i don't know why,but somehow i found that i don't know how to express my feelings anymore.there are times when i feel so sad,but i couldn't even shed a tear.and i also felt happy for past few days,but i barely talked about it to others.it's like i'm shutting everything near me.it's like i'm building a wall up against me.a wall that keeps me away from others.and of course,literally.not physically lah.
even today,as i walked past something that really made me wanna jump with joy,i just stood and stare at it.and do nothing.not even a smile.but i was laughing inside.
then again,i got angry at one of makhluk Allah ni.but all i did was..diam.diam as in buat macam biasa.selalunya,mesti akan hempuk buku ke,apa ke,saja tunjuk protes sikit bagi orang tu tau ak marah ke apa.but this time,no.i sit there and be normal.
i really don't know why.
part of me want to believe that this is a good thing.at least i won't make any fuss about tiny little thing that made me upset,happy or whatnot.
but another part of me really feel..uneasy?weird?it's like i'm not myself.and that,is not a good thing.seriously,if i don't even know myself,then how my life will be?
*diam*
it's okay.i'll figure it out later.now i really need to get a good shower.
i want to write about something,many things actually.but all i did for past half an hour was just staring at the blank page in front of me.i just can't find the correct words to describe that many things.some words are really better left unsaid.but having them in your brain and heart,is really not a good thing either.and when it comes to express the so called feelings,then all i have is one word.
"bisikkanlah walau sekali izinkan aku menumpangkan bahu berikan aku seperca dari beban kamu
ah, apa mampu kau sudikan ampun maaf ku sujudkan? bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi? tak terbalas sampai mati kau sungguh yang paling tinggi istanamu syurga nanti"
FynnJamal;Biar
Wan Zuraidah Saad,Selamat Hari Ibu
gantikan dengan sejuta ibu yang lain,aku masih mahu dia.terima kasih kerana melahirkan.demi kasih yang tertumpah.demi sayang yang dicurah,demi semua yang diredah.sungguh.aku syukur.
it's Saturday.and i stayed at home.for the whole day.now where's the plan to go outside and give my brain the adequate oxygen it needs?hmppphh.tak jadi semuanya.
but i went to Ping! Restaurant yesterday.dengan ahli-ahli usrah yang lain.yeay!jom godek gambar.
*penulis tiada dalam gambar sebab sibuk memegang camera.lol*
okay.ni nak buat pengakuan.
AKU TERINGIN NAK MAIN DENGAN BABY YANG COMEL.
comel aje.tak comel takmau.haha.why so sudden?no,this is not a sudden.ingat entry ni?and semenjak tengok Hello Baby SHINee haritu lagi dah rasa nak main dengan baby.tadi bantai tengok movie Baby and Me,lagilah aku teringin nak main dengan ciptaan Allah yang kecik-kecik ni.
oh ye,kakak-kakak ku,cepat lah beranak.haha.
and when i said this thing to Nadh aka roomate terchenta yang suka menjerit secara tiba-tiba semasa menonton movie,maka ini ialah jawapan dia;
"kau kawen lah cepat2 ayam"
takmau la anak sendiri.anak sendiri nanti kena keluar duit beli pampers segala bagai.buat masa ni,jadi babysitter anak orang la best.
Mother's Day is just 2 days away.and i'm not even at home to celebrate it with Mak.plus with the upcoming calls from my sisters,telling about how much joy they had during the celebration.plus how they mocking me for not be able to hug my mom.the thought of that,makes me fell bad.how sad and depressing is that?and i don't think i will be able to celebrate her birthday this year.
why you bla bla about this ayam?as if there's no cards and post services.
yeah.you might think that.but for me,being no less than 1 metre radius from my mom,on that day,means...much more than what you thought.yes.we should love our mom every seconds.not only on that day.
but,for my family,mother's day is...important.maybe because we used to celebrate it then.or maybe i brag bout it this time,because i usually do something on that day.and yes.despite of the boarding school's gate and rules,i still managed to do something for her.i mean,something special.not that i threw a party or what,but more to..showing my appreciation.
phone calls.yes.i will do that,definitely.but i prefer to see her in front of my eyes.not only listen to her voice.
*sigh*
baik.aku bersabar lah ni.
...
masuk bab lain.
mari berbicara tentang niat.
"sorry.baru balik dari usrah and yassin." "eleh ko.so ko join usrah now?" "haah." "suka la?" "of course la.at least ada orang to remind me to be on the right track." "eleh poyo.ni nak cakap,ko dah jadi baik la ni?" "tak de la maksud macam tu.." "habih tu,buat apa nak bangga cakap ko join usrah"
okay.
what would you feel if you caught up in this kind of conversation?
nak hempuk manusia tu? nak senyum? ke nak terang lagi banyak? ke diam aje?
haaa.pilih.pilih.
as for me,aku akan diam and senyum.dan kalau boleh,aku nak tepuk bahu manusia yang bertanya tu.tepuk as in perlahan-lahan la.bukan yang sampai nak terkeluar jantung.haish.
biarlah orang nak kata apa.selagi benda tu baik untuk kita,selagi tu kita cuba.kan?and kalaulah terjadi conversation seperti di atas,jangan rasa;
"eh bongoknya dia ni.ade ke cakap aku nak menunjuk."
be positive.cuba fikir,at least,by letting he/she know about you joining the usrah,mungkin hati dia akan terbukak untuk join jugak?mungkin dia akan rasa dia pun nak cuba rasa macam mana berada dalam lingkungan usrah.and inshaAllah,dia pun boleh jadi lebih baik dari diri dia sekarang.
maka,jangan cepat melenting bila ada sesiapa salah tafsir niat anda.be calm and be positive.then you'll find the hikmah behind all things that happened.
posting dekat department Medicine is the last thing i wanna do.penat.hueh.
okay.itu intro keluhan untuk hari ni.lama dah kan tak merapu pasal kepenatan belajar.okay diam ayam.tutup cerita penat.jom bukak cerita gembira.
apa?
gembiranya ialah,bila semua kawan-kawan di Malaysia dah habis exam final.
habis exam=banyak masa lapang=online selalu=Azian Hana boleh mengadu hidup ke kawan2.
=.="
aku pun dah habis exam.tapi seperti biasa,memang akan ada seminar Pharmacology yang hmmpgjfkhgjfgh.buat aku cuak woh.takpe.relax.tapi bila mengenangkan weekend ni,maka aku tabahkan hati untuk habiskan sisa2 ujian minggu ni.
mari jenguk jadual weekend aku minggu ni;
Jumaat malam: ke Ping! A Chinese restaurant somewhere around Koramangala.ini sebenarnya aktiviti usrah di luar. akak usrah ajak makan secara berjemaah.haha.
Sabtu: dengarnya ada program HOPE.apa tu?nanti diterangkan.dan jika jadi,aku uploadkan gambar dan detail nya sekali,okay?cuma aku betul-betul harap jadi.sebab aku tak rasa aku mahu bazirkan hujung minggu tanpa posting aku dengan memerap di rumah.otak ni perlukan oksigen yang cukup sebelum hari Isnin menjelma balik.
Ahad; Ada program di surau F15. "Shahadatul Haq dan Usul 20".percentage untuk pergi ialah 65%.semoga Alah bukak hati aku untuk tambahkan percentage tu kepada 100%.Ameen.
tapi kita merancang dengan cita,Alah merancang dengan cintaNya.
notatapakkaki; projek mega masih dalam status "on going".aku buntu nak bawa hala tujunya ke mana. dipermudahkan hendaknya.
just had a wonderful dinner with my housemates and jiran sebelah rumah. makan ketam wehhhh.kenyang sampai tersandar.Alhamdulillah..
and for this weekend,i'm kind of enjoy myself.not that i went to any interesting places.tapi berjaya membuat semua benda-benda remeh yang dirasakan perlu ditamatkan.such as;
1.hantar handphone yang merajuk ke kedai. 2.beli earphone baru.
ada banyak lagi.tak perlulah diceritakan semua di sini.lol.
...
maryam did ask me about the trip to Korea.murah aje kot tiket.around rm2000++.called my mom to ask permission about it,but memang lah tak diizinkan.sebab?
mak kata ada something yang lagi penting dari trip to Korea.apa?
September is just 4 months away.alahai mak..fine.i'll go and bang myself to the wall now.