Bismillaah..
p/s: this entry may contains excessive usage of melancholy words and sentences.also has too much emotions in it.so please leave right now if you're not familiar with them.your consideration is very much appreciated.thank you.
aku kira,aku dah cukup kuat untuk tahan semua macam benda yang datang dalam hidup aku.aku kira,aku akan boleh hadap apa masalah yang datang,dengan senyuman dan yakin tak gentar.aku kira,aku bukan lagi manusia cengeng yang menangis bila ada masalah atau diuji.aku kira,aku sudah boleh jadi manusia kuat dan tabah.aku kira,aku ini sudah boleh segalanya.
aku silap kira.
mari,aku cerita apa yang jadi sebulan dua ni.dan iya,aku tak ikut urutan peristiwa.
kau tau,sejak bulan lepas,hidup aku huru hara.tenangnya boleh dibilang dengan jari.pertamanya,jejak kaki lepas balik dari Malaysia,handphone rosak.kemudian aku kira,dengan pinjam handphone kawan,boleh tenang.yang salah kiranya,handphone itu dah hilang.kemudian datang batuk berdarah,yang sampai ke tengah malam ini,aku belum jejakkan kaki ke hospital untuk check.accident motor yang sebabkan lutut bengkak sampai sekarang,juga sudah jadi.nak ditambahkan,speck kawan pula jadi mangsa.ranap patah dek lutut kiri aku.ekzos kemik di motor aku,belum lagi aku betulkan.batuk masih tak hilang,selesema masih ada.demam naik turun.tapi sekarang sudah elok.emak di Malaysia mesti masih risau dengan condition aku.belum kira lagi duit yang aku kena keluarkan untuk semua benda yang memerlukan duit.
belum masuk hal pelajaran yang memang,aku hentam yang mana sempat.
apa sudah jadi dengan Azian Hana yang konon sudah kuat?
dia tak pernah ada,aku kira.
semua ujian,ada markahnya.yes.i believe in that.dan iya,bila ada ujian,ada 2 benda.samada Allah mahu uji iman aku,yang sememangnya turun naik mengalahkan saham dagangan Malaysia,atau Allah mau aku duduk dan tenung dosa aku.
aku tahu semua tu,aku tahu.mesti tenang dan terima dengan redha.mesti banyak selawat dan mohon pertolongan Allah.kebergantungan kepada Allah paling utama.
pendek kata,menjadi optimistik.
tapi,optimistik itu,ada hadnya.aku bukan jenis yang selalu fikir positive.aku cuba dengan sekeras kerasnya untuk menjadi si optimis.cuma bagi aku,memikirkan ke-negatif-an sesuatu perkara itu,boleh membantu kau bersedia untuk sebarang kemungkinan yang buruk.memang,semua nya Allah dah atur dan sedia.tapi untuk aku lepas semua ini,mesti kena ada usahanya.jadi apa ni?apa yang Azian Hana nak cakap sebenarnya?
entah.aku pun dah lupa.
tapi betul.kalau seorang Azian Hana seperti aku,waktu dia sedang menangis,atau mata merah(bukan sakit mata),atau sedang sedih,atau marah,dia memang tak mau orang datang dan pujuk dia dengan ayat2 ini;
"jangan menangis!"
laju airmata aku boleh lagi laju turun dari air terjun.
"sabar!jangan emo"
aku akan angguk.tapi lepas tu mesti ada mug atau sesuatu yang berkaca akan pecah.
"kau kenapa ni?jangan macam ni"
aku boleh tolak manusia tu dan menyebabkan dia jadi marah dan benci aku seumur hidup(mungkin)
pendek kata,sesiapa yang tak kenal aku luar dalam,sila jangan marah bila pujukan anda hanya mengundang benda yang sebaliknya.
aku ni,masih dalam proses menjadi kuat.
*diam*
kau tahu,dalam hidup aku,aku sudah pernah lalu macam-macam.mungkin tak sama macamnya dengan kau yang tengah baca,tapi cukup banyak untuk aku.itu sudah cukup.
dan iya,aku masih pegang teguh dengan ayat al-Baqarah 286.inshaAllah.
dan sekarang,yang aku perlu ialah doa dari kamu untuk aku jadi tabah dan kuat.jangan kata.tetapi buat.itu sudah cukup.terima kasih.
4 comments:
aku xkenal kau luar dalam..sorry mungkin baru kita kenal.tapi mungkin kau kenal sesuatu yang sudah lama bersama kau dan akan terus bersama selagi mana kita bernyawa~sabar.klise.tapi itu hakikat kehidupan kita.sabar ayam ^^
jujur.
20 tahun hidup,aku belum kenal diri sendiri.parah kan?
sebab ada yang lebih dekat pada kita berbanding diri kita~kenal Dia.kenal diri kita...
ramai gak manusia yg xsuke kene pujuk....hehe...seswai la ko jd kwn ak yan..ko xsuke dpujuk..ak plak xreti memujuk...compliment sgh.....pe2 hal pn, u are not alone baby...(mek lagu MJ je ni..hehe)
Post a Comment