
"menangis bukan tanda kau terlalu lemah,tapi kerana manusia lain terlalu gagah"
dalam hidup,memang tak semua hitam putih.sebab itu diwujudkan hijau,merah,kuning,kelabu dan jingga.
dalam hidup,tak semua mahu mendengar dengan sebenar-benar dengar.kadang,yang menganguk itu tak semestinya mahu angguk.cuma sudah resmi manusia.angguk itu tandanya iya.(bukan orang india mcm kat sini lah.sini geleng pun iya juga =.=")
dalam hidup,kau tak akan dapat semua.kau ada ini,tapi kau tak punya itu.dunia ini Allah sudah cipta cukup cantik.yang memburuk dan merosakkan,itu kita,manusia yang tak reti bersyukur sama Allah.
lewat petang tadi,aku mengungkap silam aku.terkesan di jiwa beberapa perkara.kalau nak di ungkap,mahu bertimba-timba airmata.jadi hentikan aja.
cuma itulah,untuk yang mahu meluah mengungkap,tidak apa.
aku ada untuk menelinga.mari.
No comments:
Post a Comment