Sunday, January 31, 2010
empat
untuk 4 orang manusia,yang aku kira,aku sayang dan cinta dengan secinta cinta nya;
jangan dirisaukan aku.masih hidup menyedut udara milik Allah.
jangan ditangiskan ketiadaan aku sekarang,sebab nanti aku akan hilang ditelan tanah jua.
sayang,kita jauh.tapi du'aa aku dekat untuk kamu,kamu,kamu dan kamu.
:)
Friday, January 29, 2010
what's next?
OBG posting is officially done.[for this particular moment lah].exam tadi dipermudahkan Allah.MCQ aje semuanya.
:)
next is;
PAEDIATRIC.
which means i have to deal with children and babies.omo!mintak2 jumpa ramai yang cute miut.hehe.but kalau tak cute pun takpe,because kids are adorable.okay.rindu adik nampaknya.
...
dan semalam ada pergi rooftop.yang di kisahkan ialah;
Mengenal Allah.tak banyak sangat yang diperkatakan,tapi cukup untuk buat aku berfikir sejenak,betapa kita ini,sungguh kerdil sekali.kalau diluar kau dipanggil "GIANT" atau "RAKSAKSA" sekalipun,di sisi ALlah,kita paling kerdil.cuba ambik satu globe yang terbentang peta dunia di setiap inci bulatannya.cuba cari mana diri kau,di atas peta itu,di atas globe itu.jumpa?
tak.
seperti itulah kita kalau dibanding kan dengan Allah.Betapa besar dan berkuasa nya Allah.
dan benar,kita,umat Islam ini adalah umat terbaik yang Allah ciptakan (3;110),tapi itu bukan sesuatu yang harus kita angkat2 dan jadikan alasan untuk bersikap sombong dan angkuh di atas mukabumi Allah ni.
p/s: masih belum beli tiket pulang utk March ni.mintak2 masih ada.
Versus
I JUST CAN'T WAIT!!
Thursday, January 28, 2010
syukur
test OBG [practical] and pharmaco punya seminar dah lepas.tinggal theory untuk OBG.dapat bernafas tak semput2 sikit.sikitlah.hihi.
....
i was riding my scooter,on my way back to home.baru habis posting tadi.i had nothing in my head except the food for dinner,and all those pillows on my bed.i was smiling and humming the usual song,which i like so much.everything is fine.
but then my eyes caught this one particular image.
there was a very old man,wearing his orange clothes,standing at the side of the road.i slowed down my scooter,and started to scrutinize that old man.and then,all these things just popped up in my head;
"dia pakai baju sami yang dah koyak rabak.dan dia sedang berdiri di tengah jalan raya yang panas,dia sedang mengira sesuatu di tapak tangannya.dan aku rasa tu hanyalah duit syiling India,hanya beberapa keping kepingan perak tu yang aku dapat tengok.must be less than 10 rupees."
monolog dalaman tu berlaku selama beberapa saat aje.but yet these self-conversation terus berlegar dalam kepala otak aku.and his image,is the one that makes me feel uneasy till now.
dia senyum.
seriously,dia senyum.
aku bayangkan,kalau aku yang jadi dia,mungkinkah aku akan senyum?mungkin kah segembira itu?adakah aku mampu berdiri di tempat yang sama dan lakukan reaksi yang sama,bila aku hanya ada beberapa rupees dalam tangan??
note:rm1 is equal to 14 rupees.if 10 rupess,how much would it be?you do the math lah.
jadi,aku sekarang kiranya tengah berfikir,mampukah aku jadi se-bersyukur itu???
selama ini,bukan tak pernah bersyukur,pernah.cuma jarang2.jarang sangaaaaaaaaaaaaaattt..
kalau di sini,atau di malaysia sekalipun,setakat 10 sen itu,buat beli coklat untuk adik aje.entah2 sekarang pun dh takde coklat 10 sen.aku ingat,pernah sekali tu,ada duit 10 sen jatuh ke lantai,waktu kami keluar makan di satu restoran.mak suruh kutip,tapi aku cakap;
"biaq laaaaaaaa..sekupang aja pun"
dan mak akan membalas;
"jangan tahana sangat dengan duit.sekupang pun makna besaq tau dak untuk orang yang takdak duit sangat.cuba syukur sikit.budak ni laaaa!"
lepas tu aku mesti herot-herotkan mulut dan kutip duit tu.nak tak nak.
....
tapi sekarang,aku dah faham.
kita manusia memang jarang bersyukur.sedangkan rahmat dan rezeki yang Allah bagi,sangattttttt banyaaaaaaaaaaakkkkkk.tak terkira.ni bernafas dan menaip segala patah perkataan ni pun nikmat lah jugak kan tu???
sampai bila nak jadi manusia tak sedar diuntung?sampai bila nak terus hidup berlagak dengan rahmat Allah yang kita asyik terima,terima dan terima?
jadi mari bersyukur sekarang,dan untuk hari2 yang seterusnya.
setakat nak ucap Alhamdulillah tu,takde lah payah sangat kan.setakat nak cakap syukran Allah dalam du'a tiap2 kali lepas sembahyang,atau tiap2 kali lepas dapat sesuatu,takdelah susah sangat.
dan ingat,semua yang jadi ialah rahmat.a happy thing,or a disaster,semua rahmat.it depends on you.tapi,sungguh,semua yang jadi ada hikmah.just be patient,and usaha.then tawakkal and let fate fares you.
Allah know,Allah knows.
p/s:ouh,ni peringatan untuk diri sendiri.dan kamu juga,harap harapnya :)
Wednesday, January 27, 2010
they do change,don't they?
"you can see beyond what people want and what they need,and of course,you can choose for yourself.but here comes the problem.you just stuck between the choices,unable to make yourself clear about the things you really want."
ouh,ini monolog dalaman aku yang diterjemahkan selepas melihat satu gambar di mukabuku.
i just overwhelmed with disappointment after seeing that pictures..seriously.do people change that easy?
i wonder
tomorrow is the day.exam practical OBG and pharmacology seminar.
blerghh.cuak.
...
so much complaints nowadays.i want these,but i got that.i want to do that,but i have to do these.macam2.
stop complaining.life just won't go on the way you want it to.
raise your hands,and make du'a.
wa' fuanna waghfir lanaa warham naa.
beri maaflah kami,ampuni kami dan rahmatilah kami.
kalau itu yang terbaik,then you'll get what you want.kalau tak,yang dimahukan tu bukan lah sesuatu yang baik untuk kau.okay?
Tuesday, January 26, 2010
the reason
sacrifices is a must.and that,is one concrete reason for me for not be able to attend TAOS's gathering on 13th February this year.
:(
redhakan lah Azian Hana.
Monday, January 25, 2010
mari ber-analogi
the futsal was awesome.sumpah serious best tahap ape aje tadi.
....
okay.analogi;
kau nampak nama seseorang depan mata kau.
kau rasa nak tegur.tapi kau jadi macam kaku.
kau fikir dua benda aja;
"kejap lagi dia kata apa pulak?"
or
"apehal tetiba ni?"
lepas tu kau duduk diam2 tak buat apa2.
dua tiga minit lepas tu,bila nama dia hilang,kau macam....
nak menangis?
okay.sekarang cuba bayangkan kalau ada orang yang nama dia dinampak itu,kau.apa kau rasa?
p/s: analogi di atas tak ada kaitan dengan sesiapa.saje bosan2 nak buat analogi macam tu.
beringat
petang tadi ada sesuatu terjadi.si panjang NADHIRAH,dah terkejut dengan komen salah seorang pengunjung beliau.[ayat skema habis,ayam].
malas nak ulas lanjut,but the point is,
never,ever judge a book by its cover.sounds cliche,right?but it's true.
takkan kau tengok sekali lalu gambar tu,kau dah boleh cakap dia jahat?
takkan kau dengar dia marah2 sekali aje,kau dah label dia pemarah?
takkan kau nampak dia nangis sekali aje,kau panggil dia cengeng?
tak adil bukan,kalau orang buat macam tu dekat kau.put yourself in his/her crocs.haha.tukar peribahasa.suka hati aje.
selagi belum diberitau dari mulut si polan bin si polan tu,jangan,kau buat kesimpulan melulu.faham?
aku tau nadhirah upset.sedikit,kalau tak banyak pun.mesti ada sedikit.takpe2.Allah knows better.kan?
ouh ya Azian Hana,kau pun jangan suka hati nak judge orang macam tu.sila beringat.
Sunday, January 24, 2010
unfair
NURUL ZUHANIS MOHAMED??????!!!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.emo buat kesekian kalinya.
take five
minggu ni bakal jadi seorang yang serious.eceh.boleh ubah2 pula.sungguh.lots of tests woh minggu ni.tu belum kira preparation untuk IA lagi.banyak portions kena cover.dah la takde masa.kalau ada pun,dah busy dengan kerja lain.
okay.sekarang tengok berapa banyak aku mengeluh dan memberi alasan.my bad,but i'm working on it.seriously.
but then,itu lah manusia.[ouh,ni tak point jari ke arah sesiapa].
kuat mengeluh.banyak alasan.kalau nak kira balik,sebenarnya,boleh aja cover apa yang patut.ada lagi masa.banyak masa sebenarnya.cuma tak pandai nak bahagikan.kenapa?
sebab tak letak prioriti untuk perkara yang sepatutnya.seelok eloknya,belajar itu diutamakan.cuti itu di nanti kemudiankan.sebab the point i came here,is...to study.so kena la sedar2 diri sikit.takkan nak membentak ayam bila kau punya cuti ditunggang terbalikkan?
belajar.sebenarnya,nak diikutkan,belajar itu sendiri ibadah,ayam.kau tau tak???
dan dah nama pun ibadah.apa kau expect belajar tu mudah?susah memang susah.it requires too many sacrifices.yet this is the way you choose before.this is what you want to do.kan?then face it.there's no need to get angry.
to be istiqamah in study is hard,but it's not impossible.kalau yang lain boleh,kenapa kau tak boleh?jawab sekarang ayam.
okay.diam.dah tau salah sendiri.
pergi muhasabah diri lepas ni.
...
ah,sebenarnya aku tengah take five dari buku OBG yang..erk..agak mengantukkan itu.sungguh.jadi aku ke kotak hitam kecil aku ni untuk merapu.kalau taknak baca,sila blah sekarang dari sini.hehe.
....
aaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
tadi,as i wrote 4 ayat di atas,ada seseorang online.ouh.rasa nak meletop perut.sangat cuak.
okay mazni,you know what i mean.ish,lepas ni kena mintak maap dengan orang tu lah.banyak sangat me-mentionkan watak beliau di sini sejak dua menjak ni.
dah ah.dah lebih 5 minit.kena sambung belajar.
mujahadah Azian Hana.chaiyok!
Ya Allah,please endow me with knowledge , and let me be with the righteous people.Ameen.
Saturday, January 23, 2010
alert
nose bleed.
headache.severely painful.
nausea sensation.
projectile vomiting.
and all those blurred visions.
false alarm,ayam.false alarm.inshaAllah takkan berulang lagi sekali.
Allhumma a'fini fi badani,allhumma a'fini fi sam i',allahumma a'fini fi basari.
peliharakan aku ini Ya Rabb.jagakan aku ini Ya Rahman.
Friday, January 22, 2010
beberapa sebab
semalam yang dari Sheffield telefon.jenuh berkali kali seru di YM,baru tau nak call adik dia yang sorang ni.ish2.apa apa pun,thank you for the advices and stories.i know,we are growing[physically and mentally,of course].but you don't have to worry too much.i am fine.real fine.inshaAllah akan dijagakan diri sendiri seperti menatang minyak yang penuh.aiceh.
....
malam ni akan ada solat hajat beramai-ramai untuk third batch.di roooftop.Ya Allah.rindunyaaaa nak naik rooftop.okay.sekarang macamlah rooftop tu jauh benar dengan rumah kau Azian Hana.
=.="
...
hari ini 22 January.harijadi dua orang yang saya kenal.
Zamzarina Talibuddin and Maisarah Anwar;
Sanah helwah.May Allah grants you mercies,always and forever.Moga makin bertambah umur,makin bertambah amal.InshaAllah.
....
tengok kalendar.sudah 22 Januari.dan lagi 3 hari mahu masuk 25 haribulan satu.sungguh kalau boleh putar masa,aku mahu ke tarikh itu beberapa tahun yang lepas.
btw,i always have this habit,which is,i think,quite normal for a human.hihi.
i like to remember some days,and celebrate the things that happened on that particular days.tak kisah lah sebab apa,be it happy or sad.i celebrate that days.why?because i want to lah.haha.
tapi tolong tolak tarikh harijadi kawan2 atau keluarga ke ape.yang itu kalau tak celebrate,erk..memang saja nak kena tampar lah kan..
okay.mari lihat tarikh2 bertuah tersebut.tahun akan dirahsiakan[ayat skema.bagus].
25 Januari;
yang ni,aku sorang aje tau kenapa.my other half yang dekat Sarawak pun takkan tau.haha.okay.hint.ini sebab dapat satu surat/note/piece of paper yang ada tulis beberapa ayat dari seseorang.aku bawak sampai ke India okay kertas tu.
26 September;
yang ni...unexplainable la.nak cerita pun macam susah aje.but it was a very memorial date.indeed.
18 December;
oh yang ni...ada buat satu kerja gila.hoho.yang kalau orang lain tau,serious kena belasah secara berjemaah.hish.
20 December;
aku jumpa sinar baru dalam hidup.syukur sungguh.
3 December;
pengalaman pertama.sungguh aku tak mau ulang dah.tapi benda yang tak mau diulang tu sudah pun berlaku sebanyak 2 kali.dan sebab tu hati makin kacau.tapi nasib baik Allah ada.
done with the dates.banyak lagi sebenarnya,tapi malas mahu ungkit2 yang tak best.biar yang best aja lah ditulis di sini.dan aku harap,lepas ni,ada satu tarikh yang aku sudah bulatkan besar2 dekat kalendar dalam planner.harapnya,akan ada berlaku sesuatu yang diharapkan itu.inshaAllah.
tapi kalau Dia tak bagi,silalah redhakan Azian Hana.
....
hari tu aku tadabbur ayat pujukan Dia. jumpa dalam surah Ali-Imraan,ayat 185.tentang MATI.
esoknya,pergi ke usrah,Kak Wahida ajak bincang tentang ajal.dan bermula dari hari itu,sehingga semalam,perbincangan mengenai mati masih terjadi dalam hidup aku.dengan kawan2 di hospital,dan di usrah semalam.apa malam ini akan ada perbincangan mengenai mati lagi?harapnya ada.
kerana mengingati mati itu bagus.
dan mati itu pasti,untuk setiap yang bernyawa.
....
aha,lagi satu.beberapa hari lepas,yang menguruskan usrah untuk batch ketiga,datang jumpa aku.meminta aku isikan usrah.dengan tazkeerah aku.
aku tidakkan.
dia tanya kenapa.
aku hanya senyum,buat2 ketawa,dan cadangkan nama lain.
dia angguk dan pergi jumpa insan itu.
lepas dia pergi,aku menungkan sejenak.
"kenapa tak mahu,Azian Hana?"
aku diam sendiri.bungkam.aku rasa,aku bukanlah orang paling sesuai buat masa ini untuk menyampaikan amanah2 itu.aku bukan yang paling sesuai untuk duduk di kerusi itu untuk memberi dan berkongsi.tapi jika satu hari nanti,muncul muka aku duduk di kerusi itu,tidaklah bermakna aku lah paling sesuai memberi.bukan.bukan.
memang kena membuat kebaikkan DAN mengajak kebaikkan.memang tak payah tunggu sempurna untuk memberi dan berkongsi.cuma aku risau.
duduk di kerusi itu,mengkehendaki aku untuk bercakap.dan lidah aku lah yang aku paling risaukan.aku bimbang akan ada benda lain yang tidak sesuai untuk aku ajak analogikan bersama.
jadi aku masih memilih jalan ini.menulis di sini. meluah apa yang dirasa. berkongsi apa yang tahu melalui taipan2 lemah lewat waktu senggang.aku pilih untuk mentarbiyah diri[dan kamu,mungkin] melalui cara ini. sebabnya di sini,ada backspace.salah taip,padam dan betulkan.kalau sudah cakap,aku susah untuk mengundur.betul.
jadi biar aku yang lemah dalam menguasai lidah sendiri ini,berdiam dulu dalam kotak hitam kecil aku ini.okay?
...
aku sudah cakap,aku masih lemah,belum siap,masih cacat.tapi sedang berusaha memperbaiki.inshaAllah akan dikuatkan lagi.
:)
Thursday, January 21, 2010
kali ini
menjadi sinikal perlu bermula dari bawah.sebab sinikal ini mahu mengajak ke arah kebaikan.aku suka ayat ini.terus dan telus.
ouh,ini antara hasil usrah tadi.
dan aku sudah praktikkan ke atas seseorang.iya.mestilah Nadhirah roomate kesayangan yang tinggi lampai itu yang jadi mangsa.hiihii.
Wednesday, January 20, 2010
love so sweet,huh?
I`ll thank Allah for open my eyes..."
liriknya indah.kerana itu semuanya tentang cinta.
tapi apa betul cinta kau itu betul2 indah kerana Allah?
choices
mode: Awaken; Maher Zain
malam ni tidur lambat.akan tidur lambat.sebab laptop sudah kembali sihat.boleh menyambung UNTOLD[dengan hebatnya,harap-harapnya lah].
ah,bercakap tentang tidur.semalam aku mimpi.pelik.sangat pelik.
i slept at 7.30 pm yesterday,i don't know why,since i don't have any posting or whatsoever.padahal comm med aje pun semalam.after sembahyang maghrib,memang flat terus.but,i did wake up at 10.45[sebab Nadh terjaga jugak].then again,at 12 am[yang ni bagus,bangun terus sembahyang Isya'.haha].lepas tu,pukul 2,30 pagi,again.tapi sambung tidur,ignoring the fact that i haven't study anything for my pharmacology seminar.then,jaga betul2 pukul 5.30 pagi.
apa kau melalut ni ayam?
ouh,just nak cakap,aku mimpi yang amatlah pelik sekali.
macam2 masuk dalam mimpi.mula2 ada family.then ada kawan2.then ada seniors waktu dekat SEMESTI.lepas tu ada paragliding lah,terjun dekat pelantar minyak yang ada taman bunga lah.siap jawab pasal kelajuan ribut and kedalaman laut segala.
the best part was,when my sister and i,saw a snake.and that snake bite me.then that snake went to eat another snake.but somehow,my sis and i took that snake,and strangled that snake.SAMPAI MATI.astaghfirullah al azim.serious merapu mimpi kau,ayam.
and tengahari tadi call mak,and i spilled the story about my dream to her,but all she said;
"haaaaaaaa...ada la siapa2 tu nak masuk minang pulak."
aaaaaaaaaaa.bila ayat2 pasal kahwin ni nak berhenti menghantui hidup aku pada masa2 sekarang?ah seriously.even mak pun.okay,nama pun mak.obviously lah kan.
=.='
padahal tidur lupa nak basuh kaki dengan baca doa betul2.mestilah mimpi macam2.plus,i also went through all the pictures of my vacation tu Manali.so,that's why lah ada mimpi pasal paragliding.muahaha.mak lah punya pasal ni,sibuk nak gambar pergi bercuti.kan dah sampai masuk dalam mimpi[okay.jangan salahkan mak kau,ayam.dosa.dosa.taubat sekarang]
.....
esok ada seminar pharmaco.i read all those facts yang termaktub[wah3] dalam buku pharmaco hijau-kuning-kedah tu.tapi esok kalau ketaq lutut jugak,memang hands down,face down jugak lah.lepas tu kena lah marah dengan lecturer kau ayam.rasakan.
nauzubillah.mintak2 boleh jawab soalan2 esok dengan jayanya.
....
haa,sebenarnya,nak tulis pasal pilihan.melalut kau ayam.ish3.
pilihan.choices.okay fine sama aje dua tu.
manusia sekeliling selalu lihat pilihan sebagai perkara yang remeh.padahal,setiap pilihan yang dibuat,even sekecik hama pun,ada consequences yang tersendiri,bukan?
dan selalunya,manusia buat pilihan,bila ada dalam situasi yang memerlukan pilihan dibuat.faham?baca pelan2.
okay.senang cerita,manusia lebih suka kalau dalam hidup dia,ada masa2 nya dia diberi pilihan.kalau tak mau buat yang itu,dia boleh buat yang ini.dan selalunya juga,kalau boleh,mau banyak pilihan.lagi banyak,lagi bagus.sebab boleh pilih yang terbaik.yang dia rasa terbaik.
aku bagi contoh.
kau ada kelas esok.kau boleh pilih samada mau pergi,atau ponteng.dua2 tu ada kelebihan.
pergi=dapat ilmu
tak pergi=boleh study untuk benda lain,selain dari subjek yang diajar.
nampak?dua2 ada kelebihan.tapi antara dua tu,mana satu kau punya keutamaan?
pergi,atau tak pergi?[ouh yang ni sila jawab sendiri].
jadi,aku mau cakap,kalau nak buat pilihan,silalah lihat keutamaan nya.jangan main hentam pilih.but then,of course,we have to go back to takdir Allah.
pilih lah macam mana pun,kalau Allah takmau kabulkan,kalau Allah tak benarkan,tak jadi jugak.
kita belajar untuk buat pilihan.dan kita kena belajar untuk terima kenyataan.
...
sebenarnya,yang duk merapu pasal pilihan tu,sebab dah tak larat nak melayan hamba Allah ni haaa.suruh pilih macam2,tapi tak pernah nya fikir akibat pilihan yang dia suruh buat tu.dah la diri aku ni yang akan menanggung segala.
hmph.
....
diamlah ayam.
Tuesday, January 19, 2010
hands down
hari ni,rasa nak buat satu panggilan jarak jauh and cakap kat seseorang;
"hey,i'm not your enemy.i'm your friend"
cuba lah banyak mana pun,kalau sudah tak dimaukan,hentikan aja.ada hikmah lah tu.
Monday, January 18, 2010
hari ni aku rasa sangat pelik.
hari ni posting OBG yang..erk...tak memberangsangkan.tidur okay dalan kelas.doctor tengah tanya soalan pun boleh bantai tido.orang lain keluar jumpa patient,but i choose to sleep in that OPD room.apa kena kau Azian Hana?
entah.ada la ni yang tak berapa nak kena.
....
ah,lagi satu.untuk adik yang tak macam adik,
HILMI RAZAK,sanah helwah untuk kau.may Allah showers the mercies upon you.
dah 20.ish3.
:)
....
ah,cuti sah start 22 March.sampai 3 April.adik2 semua dah sekolah balik kot time tu.memang balik jadi driver dengan bibik sepenuh masa.
=.='
sabar lah hati.tanggungjawab tu.
....
yang nak kahwen dah pening kepala.adik kesayangan(memang disayangi kalau sanggup beli tiket balik mahal2 guna duit sendiri),takmau buat hidang pengantin.hahahaha.
kita tunggu nanti.tengok lebur tak hati si degil nombor 3 ni.
aha,tapi memang dah sah2 la si degil nombor 3 takkan ada baju sama tema dengan kenduri kannnnn.sangat lah kecik hati nya.tiap2 kali kenduri,mesti outstanding sebab pakai baju warna lain dari yang lain2.memang ah perosak gambar keluarga di kenduri kahwin.ceh.
....
esok banyak kerja woh.mari buat list.
1. hantar laptop pergi servis.berkurun kau ku abaikan.maaf lah.
2. cuci gambar cuti 3rd series.mak dah membebel tahap apa aje nak gambar.ish.
3. pos hadiah untuk sayang di Sarawak.ah marbeck,nasib baik aku sayang kau.kalau tak jangan harap sanggup berjalan menapak ke post office petang esok.
4. survey harga..erk..cik Nikon.amboi.mimpi siang nampak Azian Hana.
5. ah,patut nya yang ni paling atas.belajar.segalanya lah.dari edema membawak ke Nesseiria gonorrhea ke semua ape ntah.
amboi.banyak nya rancang.jangan kau terbongkang atas katil lepas habis kelas sudah la Azian Hana oi.
ouh,ouh,inshaAllah akan diusahakan.jangan risau.hehe.
....
Versus dah nak keluar.Ya Allah.serious happy.hehe.yang paling best,keluar time pesta buku nanti.ish3.tak sabar.tak sabar.
....
and this post actually dedicated to Mazni Mazlan.jangan kau risaukan aku bha.elok aja ni.still breathing.Alhamdulillah.dah contain myself.hehe.
thank youuu for your advices.and yeah,bila agaknya aku boleh like wall story kau?muahahahahha.
...
dah habis.nak pergi buat macaroni bakar utk breakfast esok(siapa entah cakap nak diet segala bagai hari tu).
entah.tak tau la siapa.haha
bai.
Sunday, January 17, 2010
inshaAllah
Maher Zain;InshaAllah :)
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
OhTurn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way
pecah terburai
tangan ketar.jari2 sejuk.perut mula memulas dan kecut tak beritma.jantung hilang rentak.hati tambah debar2.kepala sudah kecamuk.fikiran layang sini sana.nafas turun naik.tubir mata mula panas.dan sudah terkebil kebil renung telefon.
Allah,dugaan apa ini??
Saturday, January 16, 2010
on chaos
tengahari ni akan ada usrah.aku harap semua persoalan dalam kepala otak aku ini,berjaya dikeluarkan.dan diselesaikan bersama.inshaAllah.
btw,cuti macam tengah tunggang terbalik.aku dah malas nak fikir.go with the flow aja ah.
tapi exam before and after cuti.
macam mana tu ayam?yakin kah?
ada orang marah bagai nak rak.ada orang senyum saja.ada orang panas hati kejap.ada orang gelabah gila.
aku nak hadapkan aja.whatever happened,this is it.this is what i asked for.kata nak belajar jadi orang berguna.usaha aja lah.nak merungut apa pun tak berapa nak guna.mesti ada hikmah.mesti ada hikmah.mesti ada hikmah.
on foods
i wish i'm in Malaysia.to be exact,i wish i'm at Teluk Intan.
because right here,right now,i'm craving for all those yong tau fu and rangka ayam yang dijual di pasar malam pada hari Sabtu macam hari ni.
:(
Friday, January 15, 2010
buka minda
aku tengah stressed sekarang.marah jugak.tapi sebab aku takmau maki2 orang(sebab yang bagi aku marah tu ialah darah daging sendiri),jadi aku diamkan.
tapi sampai ke petang tadi,aku dah tak larat nak tahan.
maka di sini aku bubarkan.
susah sangat ke nak faham masalah adik hang yang seorang ni?
dan memang.memang aku yang kena korban semua benda demi keras kepala,keras hati yang lain2.
hmmppphh!
....
lepas,aku jejak ke mukabuku.
aku klik ke group TAOS 0206.mahu lihat response kawan2 terhadap link yang aku post semalam.
aku doa dalam hati supaya akan ada yang perasan.
tapi aku nampak pula post seorang hamba Allah ni.
take note,tajuk post berkisar tentang bertunang dan kahwin.
aku rasa nak gelak guling2,tapi aku jadi lain.aku rasa...
sedih.dan pelik.
apa tak ada benda lain selain dari kahwin,kahwin dan kahwin dalam kepala kamu?
aku rimas bila itu yang diutarakan.kalau mau bincang betul2 tentang kahwin2 bagai,bincang lah dengan akal dan iman yang betul.bukan setakat;
dia ada boifren,bila dia nak kahwin eh?
atau;
"nanti jangan lupa jemput aku kalau kau kahwen eh?"
atau;
"ape cerita?kau dah ada boifren?bila nak kawen?"
hoi!ingat kahwin ni macam beli selipar jepun ke?apa ingat bila umur dah tukar angka dari belas2 ke puluh2,boleh la terus cakap pasal kahwin2 ni,tak kira masa di mana saja?
aku bukan nak halang fitrah manusia.tapi itulah,cuma sudah jelik dan bosan dengan isu kahwin.
kahwin bukan hal pelamin saja.kahwin hal lampin jugak.get it?
besar tanggungjawab.kalau nak masak kicap pun terkial kial,kalau nak sapu rumah pun terkehel kehel,jangan sentuh soal kahwin.kalau sembahyang masih belum cukup ikhlas dan cukup dan sempurna,jangan fikir kau mampu bimbing lah anak ke arah kebaikan.
ingat,kita kahwin harusnya bukan sebab nafsu.kahwin sebab nak meramaikan umat Muhammad.tapi bukan umat Muhammad yang haprak.kita nak bina umat yang kuat jasmani dan rohani.kahwin sebab nak dapat redha Ilahi.kahwin sebab kita nak tunai ibadah.
jadi bagaimana mau diwujudkan kalau kita,yang mau melahirkan dan mewujudkan semua itu,belum cukup sedia?
sedia bukan gantung kepada faktor usia,kematangan atau faktor fizikal yang lain.yang penting,kesanggupan untuk membina keluarga yang mampu bawa orang lain ke arah yang betul.kalau kita masih tunggang langgang,macam mana nak di susun aturkan suami/isteri dan anak2?
bukan tak puas hati dengan sesiapa.tapi mau minta semua fikirkan dulu,apa kita sudah cukup sedia untuk semua itu?apa kita MAMPU?
kalau sedia,dipersilakan.
kalau belum,persiapkan dulu.
jodoh pertemuan di tangan Allah.kalau sudah sampai seru,Alhamdulillah.terima dengan redha.dan usaha untuk bina keluarga yang mawaddah.dan cuba lah jadi suami soleh atau isteri solehah.
kalau belum,inshaAllah akan diketemukan.cuma sabar dan doa dengan betul2 percaya.
itu aja.tak mau kita terus terusan develop pemikiran minda kelas ketiga,walhal gaya hidup kita ala2 kelas pertama.
fikirkan.
Thursday, January 14, 2010
sunshine
cubaan yang tak menjadi
mode: bisu sekejap
aku selalu bayangkan,apa aku rasa kalau aku jadi bisu.sebab aku rasa,hari ni aku sepatutnya jadi bisu sekejap.demi kepentingan bersama.
but i just can't shut my big mouth up.and THAT really makes things worst.ah,serious susah nak jaga hati semua orang.sudah serba salah ini.
diluah mati emak,ditelan mati bapak.haih.
hari jugak attend usrah yang...happening.
kenapa?
sebab semua orang bersuara(well,at least i did).
and Athirah ada bagi everyone of us dengar satu lagu ni;
Maher Zain;Open Your Eyes.
siapa tak tau lagu tu macam mana dan pasal apa,pergi download sekarang.heh.
....
dah sangat tak sabar nak balik Malaysia.sungguh rindu Malaysia,and of course,isi2 nya sekali(ehem).
...
petang tadi dapat satu berita yang buat segala isi perut macam tersedut ke dalam perut dengan padat.(nak maksudkan kecut perut sebenarnya.get it?)
tu lah.aku memang patut nya duk diam2 sejak pagi tadi.kalau tak mesti dapat tidur lena malam ni.ish.
on wedding
aku dah ada plan rangka jangka masa pendek.untuk 2 bulan seterusnya.
1. beli tiket balik ke Malaysia.guna duit sendiri.sebab nanti nak pau mak ayah untuk beli tiket bulan July.haha
2. beli Nikon D3000.[yang ni memang angan2 tinggi melangit.tapi inshaAllah akan diusahakan sampai dapat]
3. belajar untuk first iA[ah cakap lebat ayam].tapi yang ini inshaAllah juga aku akan usahakan.
4. tak gelabah sangat.entah ape penyakit entah sampai gelabah tahap tak hengat sejak akhir akhir ni.haih.
....
UNTOLD belum siap lagi.masih ada 65% lagi untuk siap.apa ni ayam apa ni??
...
sekarang dah pandai buat brownies.bangga weyh bangga.nanti bila si degil number 2 kahwin bulan 3 ni,aku nak buat brownies jadi hantaran kahwin dia.tak payah beli kek tulis "SELAMAT PENGANTIN BARU".klise gila tulis macam tu.kalau ambik dulang,letak 4,5 ketul brownies[buatan aku,of course] sudah ah.senang,murah,mudah.kata pun nak bagi dekat pengantin lelaki.buat apa nak bagi kek dua tiga bijik besar gabak.makcik2 sedara pengantin laki,kalau nak makan kek,pergi cari sendiri,okay?
lepas tu malam semalam masak lagaayyyy.buat spaggetti bersos keju.cait.nama nak formal aje.macam sedap.ingat nanti hidang pengantin aku nak buat ni lah untuk si degil nombor 2.tak payah ayam golek,udang panjat nenas ke,sotong sumbat kentang pun tak payah.dah ah nanti pengantin malu2.makan suap sikit2,lebih nya lap peluh kat dahi aje.terbazir lah usaha memasak ayam golek bagai semua,kalau pengantin makan sikit aje.nama pun hidang pengantin,biar lah pengantin yang makan.tak paham aku kenapa kena buat hidang pengantin sampai 4,5,6 hidang.penuh meja panjang sampai berjela-jela.dah ah kena hias siap meja tu.
kenapa kau bising ni ayam?
ah sebab mak aku dah call cakap awal2;
"nanti Kak Nie kahwin,Yan tolong buat hidang pengantin okay?sekali dengan meja punya hiasan.macam yang Yan buat untuk kenduri Mak Teh,Pak Njang dengan Kak Intan haritu."
"bukan kita guna cater ka?depa aja lah yang buatttt"
"jangan degil.buat aja la.."
baik.saya yang menurut perintah.
hish!orang lain kawen,orang lain yang penat!
baru ingat nak melaram and nak jadi photographer untuk hari tu.dah ah tak dapat jadi pengapit.apa ni apa ni.kenapa si keras hati nombor 4 yang dapat jadi pengapit?
diam ayam.kau tahu kenapa.ceh.
Wednesday, January 13, 2010
on memories
bahagia,indah.aku senyum sampai telinga.
balik rumah,ada liverpool lawan reading.
ah senang hati nampak ayam?
hehe :)
...
minggu ni bakal penuh dengan agenda sukan2.
aku rasa macam diri aku yang dulu.
Tuesday, January 12, 2010
on lost
Ya Allah.apehal gelabah tahap kena paksa tidur dalam gelap ni ayam?
*diam*
*sengih*
entah..
sunyi sepi dalam hati
...
hari ni aku kecik hati sedikit.tahu berbesar hati tu memang pekara paling indah dan antara perkara mulia yang aku kena buat hari hari.
tapi bila di keliling kau hanya ada manusia yang kau rasa sudah tak mampu untuk dibesarkan hati untuknya,kau akan tetap mengecil.diamkan diri,itu jalan yang aku mau buat sekarang.sebab aku tak mampu pegang bahu kawan aku,dan senyum sambil buat lawak loyar buruk aku macam dulu.
aku penat ukir senyuman memujuk.
aku tau ini memang bukan perkara terbaik yang aku kena buat di saat2 semua tension dan geram dan bimbang.
tapi aku juga mau dipujuk.(ah ayam,jangan demand)
...
kau yang baca mungkin kata;
"apehal ayam ni.emo semacam.relax dah ah.tak payah nak announce kat blog.poyo sial!"
ah,aku kira apa.
aku tulis di sini,bukan untuk kau baca.lantak suka hati kau nak cakap aku syok sendiri ke apa,tapi aku tulis di sini memang untuk aku sendiri yang baca.
sebab nya,bila aku baca balik apa yang aku lempar di sini,aku semacam puas.dan aku boleh pujuk dan nasihat diri sendiri.
tapi kau hujahkan balik dalam hati;
" habis tu yang pergi letak follower punya box ape kes?"
aku letak bukan nak suruh kau ikut baca apa yang aku tulis.aku letak itu untuk siapa2 yang rasa,dia akan baca tulisan aku dengan perasaan yang adil.aku tak paksa kau follow aku.pernah aku ke blog kau dan tulis di shout out box kau;
"hei,aku dah follow kau.follow lah aku plak"
tak pernah kan?
jadi diam.kalau nak baca dengan adil,ikut.kalau tak mau,pergi batalkan sekarang.
*diam*
aku betul tak marah.cuma itulah,kecik hati dengan orang keliling.
...
mau menangis ni,tapi ditahankan.
mau memaki ni,tapi aku istighfar kan dulu lidah ni.jangan ikut syaitan,Azian Hana.jangan.
kau kecik lah hati sorang2 ayan,duduk diam2.telangkup kan muka ke meja,atau sembamkan muka ke bantal.buat apa apa saja,asal jangan dimaki dimarah diherdik diperli disakitkan atau dikecikkan hati kawan2 kau.
*diam*
ah dah ah.pergi ambik air sembahyang sekarang ayam.
Monday, January 11, 2010
thank you
aku bercakap dengan dia.
ah Mazni,aku heart kau sampai mati.lillahi taala.sungguh2 ni.
aku memang beruntung.sebab aku ada kawan yang akan sama sama ada untuk aku,saat aku goyah mahu terjatuh.saat aku terlalu kuat untuk buka sesak di dada.saat aku angkat muka tinggi ke langit dan berlakon seperti tiada apa2.
kawan2 aku semua bagus2.sebab diorang semua hebat meneka dan yang lagi hebatnya,boleh menyelongkar hati aku dan tolong buang semua benda tak elok yang aku pendam.
ah kawan.kalau kau ada depan aku,aku peluk kau tak mau lepas.
:)
terima kasih Mazni.
Sunday, January 10, 2010
frust
tadi dapat hadiah dari Pja.aku senyum sepanjang petang.
:)
....
i made a mistake.i put hopes on a wrong person.and at the end,i am the one yang frustrated.ish.kan dah kena.apa ni ayam apa ni.
tak apa lah.
sabar.Dia takkan uji aku dengan apa yang aku tak mampu hadap.
la yukallifullah hu nafsan illa wus a'ha.
sabar,sabar.
:|
Saturday, January 9, 2010
on rambling
semoga Aryan Shah itu membesar dengan cemerlang dan menjadi khalifah yang berjaya di muka bumi milik Allah ini.
:)
and sejak posting kat OBG department ni,memang tiap2 kali posting,akan terusik sikit hati.sebab terlalu terharu dengan kuasa Allah yang meng-kun fayakun-kan semua proses2 kelahiran itu.dan terharu sebab baru tahu kesakitan sebenar bersalin.memandang saja sudah cukup menyeksakan,apakah rasanya melaluinya nanti?
patut lah mak selalu cerita tentang proses dia mem-beranak kan kami adik beradik.
:)
....
minggu ni sepatutnya busy.busy dengan macam2 rutin dan perkara2 yg harus di accomplish kan(ya Allah,suka hati aje kau ayam mem-bm -kan ayat omputih ni).
laptop uzur masih tersadai di atas meja.
nikon d3000 masih belum dimulakan pencarian harganya.
haihh.
....
march ni inshaAllah balik Malaysia.
yang di Sheffield dengan Tokyo sana taknak balik tengok si degil nombor 2 bernikah ke?hehe.
dan tak sabar nak jumpa..erk..tak payah la disebut nama.
...
kurang dari seminggu ni.macam mana ni?macam mana?
duk diam2 ayam.jgn gelabah.
birthday
to Balqish Mohd Azman;
HAPPY (belated) BIRTHDAY!
u are one year older than me now!muahah.
may you achieve the things that you really want.may success in this world,and world hereafter be with you.
and most of all,
May Allah shower the mercies upon you.always and forever..
:)
Friday, January 8, 2010
memahami kehendak manusia bukan sesuatu yang mudah
"difficulty is a must.some choose to fight it,while some choose to leave it.but in any ways,it just exists in your life."
...
yang dekat Sheffield sana jawab itu bila aku suarakan tentang sikap pelik pelik aku yang terjadi dek kerana adanya kesusahan kesusahan tertentu itu.
*diam*
memang tak menjawab soalan.urgh!
on tiredness
When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
CHORUS
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
CHORUS (x2)
BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows
...
i know that i've been acting like a weird person these past few days,and i am so sorry.but i am very tired,and i'm having a quite hard times.well,you know,with all the workloads plus my laziness some more(okay,yang tu memang tempah maut sendiri).and,and,and..
UNTOLD ada baaaaaaaaanyaaaaaaakkk lagi pages kena buat.
am i really going to lose that chances?
on rindu
seriously,i missed my good old days playing basketball with all my dear friends.urgh!
Thursday, January 7, 2010
hilang punca 1
bila yang aku cakap serba melencong larinya,
bila yang aku mau kan tak juga kunjung tiba,
aku rasa macam nak tikam bunuh diri sendiri.
*diam*
tapi tak mungkin lah.
aku bukan milik aku.aku ini milik Tuhan aku.
*frown*
dalam banyak banyak payah,aku kira ini antara yang tersusah.
*diam*
Wednesday, January 6, 2010
apa ni apa ni
pernah tak rasa sakit perut,yang tak sakit pun,just rasa macam kecut perut,macam takut pun ada.macam risau pun ada.macam happy terlebih pun ada.lepas tu siap ada rasa mual macam nak muntah.tapi tak melampau sangat.
siapa pernah duduk asrama,mesti pernah rasa.sebab dulu waktu senior panggil nak ajak buat "brainstorming" tetengah malam,memang rasa macam ni.
macam...cuak.
macam...takut.
macam...excited.
macam...entah.
haaa,aku rasa tu sekarang.
*diam*
kurang dari 2 minggu.
kenapa gelabah ayam,kenapa?
fokus benda lain.fokus benda lain.
on choosing
mode: kusut
right now right here;
would u go?
would u be?
would u cry?
would u try?
pilih sekarang,Azian Hana.
time to fool around is over.
Tuesday, January 5, 2010
terbalik tapi terbaik
mode: Allah knows;Zain Bikha
terbalik.
....
minta salji,diberi debu.
minta jalan berturap cantik,diberi jalan berlopak sini sana.
minta diberi lihat bangunan Scottish mewah,diberi lihat rumah setinggan ranap tak sudah sudah.
minta diberi angin lembut,diberi matahari terik memancar.
minta izin mahu guna euro atau pound,diberi guna rupee.
...
terbalik.
tapi semua itu,adalah TERBAIK dari Tuhan.
kejayaan; tak perlu kan mana mana,sebab usaha kena datang dari si pemilik jiwa.
...
"boleh jadi kamu mengkehendaki sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu.dan boleh jadi kamu membenci sesuatu,sedangkan ia baik bagi kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui."
Allah tak beri apa yang aku mahu,kerana Dia memberi apa yang aku perlu.
:)
tinggi
sungguh.rasa macam nak teriak ke dunia,tentang sesuatu yang membelenggu.
tapi tak boleh.tak harus.tak elok.tak indah.
dan berdosa juga.
jadi biarkan aku berdiam dulu.nanti2 aku kisahkan.
Monday, January 4, 2010
sudah penat memberi tajuk
Whenever i wanting something very2 much,i would eat chocolates like there will be no tomorrow for me.
but of course,after doa and mintak betul2 dengan Dia.
dan tadi,keluar beli 3 bungkus chocolate yang kalori nya,mashaAllah!heh.
sekarang kau tau yang aku memang betul2 mau.
....
mak mohon aku balik March ini.bagaimana?
July sudah harus balik lagi.tiket memang murah kalau banding dengan tiket UK-Malaysia.tapi rm3000++ utk tiket balik ke Malaysia utk 2 kali dalam setahun,erk agak payah untuk dihulur keluar.
kenapa mak mohon?
si degil nombor 2 mahu kahwin.
dan si keras kepala nombor 3 kena balik,sebab si kepala batu nombor 1 tak boleh balik.
tapi betul2 nak tengok dia kahwin.haihh
dan tambah lagi sarat kepala,selepas cuti March ini,inshaAllah first internal exam akan bermula.
dan azian nur suhana dah gelabah tak tahu nak cakap apa.aaaaa
semalam aku minta jalan aku dimudahkan.tapi nampaknya masih mahu disukarkan.masih mahu tanam benih sabar,biar cambah jadi bunga tabah.
....
aku cabar diri sendiri tadi.kalau
betul hebat,cuba lah balik Malaysia pada March dan July.lihat hasilnya nanti.
tapi aku tak rasa macam mau menyahut cabaran itu.sebab limit sudah aku tau.
pilih salah satu,Azian Hana.
....
dan lagi,sebab aku memang suka gadjet.jadi terpaksa akur dengan salah satu.
Macbook atau Nikon D90?
ah,memang nak yang mahal2 aja,padahal duit yang ada boleh guna buat benda lain.
tapi serious dah betul2 mau.
ah,banyak sangat yang kau mau ayam.diam sekarang.diam.
Sunday, January 3, 2010
gembira
...
aku masih merangkak mahu teruskan apa yang terhenti selama 2 minggu ini.
belajar.
yes.and esok dah isnin.isnin kelas dah mula balik.
fikir aje pun dah rasa penat tau.
tapi bak kata Lisa;
"that's what you asked before.kan?"
ambik kau.kena sebijik,tepat dekat muka.haha.
tak apalah.kata nak berjaya kan ayam kan.redha cepat ayam redha cepat.hehe.
ouh.posting masih di department OBG.harap harap esok boleh tengok orang bersalin.
....
UNTOLD masih belum siap.tak cukup2 150 pages lagi pun.and how am i supposed to write down another 150 pages,in less than 2 months?!
*pening*
buat aja lah yang mana mampu.
....
ohsorandom: planner makin hari makin penuh dgn activities.entah buat entah tidak.haihh azian hana.
mudah mudahan
dengan study nya,dengan angan angan setinggi gunung nya,dengan cita cita seluas lautan nya.
permudahkan lah Ya Allah.mohon dibawakan aku kesenangan menguruskan.kalau pun disukarkan,mohon kesabaran yang sangat sangat.
lagi sekali,
mohon dipermudahkan,minta disabarkan aku ini Ya Allah.
:)
Saturday, January 2, 2010
tadi
ah,biarkan dulu.yang penting di dahulukan.kan?tadi mesej abah.dan ada satu mesej,abah kata;
"sayang,tak teringin ke nak tengok iqin masuk sekolah?"
dan aku macam...erk apa abah ni.saja nak bagi aku jadi layu malam ni.tapi tiba tiba sedar yang masa dah berlalu dengan sangat cepat.adik yang paling kecil pun sudah besar(physically and mentally)haha.mak kata sampai kena beli baju sekolah saiz orang dewasa untuk adik yang seorang tu.ah,rinduuu...
....
teringat pulak time mula masuk sekolah darjah satu.
"mak,boleh tak kalau nak balik rumah lepaih waktu rehat?"
"tak boleh.ish budak ni!"
itu 2,3 hari lepas masuk sekolah darjah satu.
tapi,
lepas 2,3 bulan;
"mak,boleh tak kalau nak balik rumah lepaih pukul 2?"
"tak boleh.ish budak ni!"
haha.bayangkan lah.sanggup mintak mak ambik aku balik sekolah lambat,biar sama dengan kakak2 dan abang aku,semata mata nak main kejar kejar dan aci nyorok dengan kawan kawan sedarjah.hihi.take note:ayat mak sama aja kan.haha.
Friday, January 1, 2010
pergi dan kata
life just isn't kan?
and macam Nadhirah pernah tulis kat blog dia;
"don't you ever put your hope in human,cause it's alwayys dissappointing.Allah is everywhere"
true.true.all true.