sekarang posting Pediatrics. gembira sebab aku memang suka budak-budak. sedih sebab kesian tengok si anak kecil menangis mengongoi kesakitan. dua hari lepas tinjau wad kecemasan sekejap. ada satu baby tak boleh bernafas. doctor kata a known patient of heart disease.
kesian. si ibu meleleh airmata tengok si anak kecil seusia 6 bulan ditusuk jarum. aku nak mintak jarum buat practice ambik darah pun tak sampai hati.
kesian. si ayah tegak berdiri mematung. tidak melihat langsung si anak. dan tidak langsung melihat si isteri yang menangis.apatah lagi memeluk memberi kekuatan.
kenapa?
sebab si anak usia 6 bulan itu PEREMPUAN.
di India,anak perempuan itu beban. kesusahan di masa mendatang.
aku terus blah dari situ. dengan sebak di dada. dengan persoalan "kenapa tak mahu diusahakan untuk anak itu berbakti di kemudian hari?"
*diam*
jadi syukurlah kita-kita ini yang masih di sayang ayah. syukurlah kita masih atau pernah punya ayah yang masih mahu menghantar kita-kita ini ke sekolah,ke luar berjumpa kawan,hatta ke kedai membeli jajan. syukurlah walau tak tertunjuk di perlakuan.
syukur dan doakan.
*diam*
sebenarnya aku rindu abah.