"rasa percaya kita dengan Allah mesti jadi macam air yang mengalir.dicincang dicantas tak putus.dibiarkan tak berhenti.ditadah makin bertambah."notatapakkaki: penulis sedang kifarah dosa.mohon di du'aa kan aku ini.
having exams tomorrow.please note the plural.
to be precised,i will be having "combo meal" tomorrow.forensic medicine practical exam top up with surgery end posting exam.imagine that.wow!
called my mom just now.get scolded a lil bit.but sokay.when it comes to mak's,tak ada yang tak bagus.
please du'aa for me.seriously,sangat blurr dengan exam surgery yang datang tanpa diundang.cis.
takpe la.whatever it is,it's the best.and this is the best i could ask for.i'll just beat it.inshaAllah okay :)

just got a message through facebook.
"mak call maksu.tanya kenapa Yan tak call rumah.mak kata lama dah Yan tak call.dia risau."
and my tears rolled down.
Ya Allah.berdosanya aku biarkan mak risau di rumah.this is what happened when i'm trying to be someone else.nak buat record tak call mak konon!
and Nadh offered her other handphone for me to use.but i just dont feel like using it.takut rosakkan barang orang lain pulak.
and now i'm gonna sleep with rasa bersalah yang bertimpa timpa T_T
Alhamdulillah.kaki yang berdenyut dah okayy sikit.at least i shouldn't worry too much about it.sebab dah berjaya tidur tanpa kesakitan.tapi sekarang ni kepala yang berdenyut.haih.
tadi tengok calendar.oh dah nak dekat 3 minggu tak call mak.record!bangga weh sebab berjaya tahan diri dari telefon and mengadu macam2 dekat mak.memang dari dulu tak pernah berubah aku ni.sikit sikit mak.tahun lepas,sakit gigi pun boleh pergi report kat mak.tetengah malam pulak tu.Malaysia waktu tu mesti dah pagi.ish,sungguh tak bertimbang rasa.haha.
aku ada banyak perancangan untuk bulan depan.oh bukan perancangan belajar.bukan.tak masuk tahap nerd macam tu sekali.bukan jua perancangan perkahwinan.ep,jangan keluar tajuk.okay.mari kita cakap pasal perancangan sebenar.
satu.ambik lesen motor yang dah lama dipendam dek kerana kekurangan masa.eceh.sebenarnya haritu ada masa.cuma malas.okay.dah habis jujur ni.
dua,ke Mantri Square.okay.yang ni dah bagitau semalam.
tiga,buat spec.ini masih KIV.haha.tengok budak tak sedar diri ni.dah rabun masih nak berlagak mempunyai mata cerah.
lima.tak ada apa.saja nak test tahap penumpuan kau.supposedly empat.eh apa aku merapu ni.dah malas nak backspace.baca aje la.
baik.lompat isu lain.
siapa siapa ada facebook mesti pernah rasa macam ni(ke aku sorang aje rasa macam ni).
rasa apa?rasa sayang hey.okay tak lawak.
rasa annoying.wujud bila ada manusia tiba tiba tag nama kau dekat gambar entahapaapa.yang tak ada kaitan dengan kau.lepas tu,tiba tiba kau dapat 30 notifications.mula mula gembira sebab ingat; wah!banyaknya peminat.
tapi teratai layu di tasik madu.haha.takda kaitan.
tapi rupanya,semua notifications pasal gambar tu.tiba tiba rasa nak delete facebook kejap.kejap je la.kalau tak macam mana nak stalk insan istimewa.haha.apakah ini apakah.abaikan.
dapat tak point aku di sini?serious annoying weh.lagi annoying dari kena bayar parking bermeter.eh tetiba.
baik.berbalik kepada perancangan.mudah mudahan Allah luluskan.yelah.kita merancang dengan cita,Allah merancang dengan cintaNya.nak kata apa kalau dah tak diizinkan.kan?
okay.berhenti di sini.sebab dah tak larat menaip.lenguh la type guna iPod ni.
dah.babai.
May Allah blesses us :)