Tuesday, April 13, 2010

redhakah kita?

Bismillaah...


baru habis tengok biopsy of the lymph node.a simple procedure,yet a hard one,if you don't have any experience doing it before.

and ada kawan yang cakap;

"tengok muka akak ni,redha je doktor robek tengkuk dia"


redha.

terus ter-register dalam otak satu patah ayat tu.

dalam hati;

"betul ke dia redha?entah-entah lepas ni,dia keluar sambil marah2 doktor sebab doktor buat ganas ke hape"

oh bukan bersangka buruk,cuma ini bertujuan nak bagi analogi kepada kau.

andaikan,pesakit itu manusia.dan analogikan doktor itu sebagai Dia.yang utama.yang berhak mengawal tindakan dan hati kita.dan proses biopsy tadi,sebagai ujian hidup.kita letak kita dalam situasi di atas.

Allah bagi macam2 ujian kat kita.

kesakitan
kehilangan
kegembiraan
rezeki
kesedihan
kejayaan
kegagalan

pernah terfikir,yang apakah kita redha dengan semuanya?ini aku cakap tentang redha yang betul-betul ikhlas dan benar.bukan setakat;

"tak apa,aku redha" atau
"nak buat macam mana,redha aje la"

padahal dalam hati,berkecamuk.dalam hati,riak semacam.

dan ikhlas,bukan main-main.ikhlas yang betul ikhlas ialah ikhlas yang kau tak cakap ke sesiapa.hanya between kau dengan Allah.selagi kau cakap yang kau ikhlas,maka itu masih belum ikhlas.

faham?


dan redha,bukan senang.sekali jatuh tersungkur,boleh redha betul-betul.masuk kali ke tiga keempat,redha setakat di mulut.sesaat dua.lepas tu,ungkit balik pasal kegagalan.pasal kesakitan.pasal kehilangan.

yang benar redha,dia akan diam dan syukur redha dalam hati.

aku bagi contoh;

ada satu manusia.dapat markah lagi tinggi dari kau.di mulut,kau kata redha dengan markah kau.tapi di hati,kau geram.kau soalkan kenapa manusia lagi satu tu markah lagi tinggi.kau tak puas hati.dan kau terus-menerus persoalkan kenapa dia markah lagi tinggi.

aku nak tanya;

kenapa bila dapat markah,yang kau mention markah tinggi dia?kenapa bukan markah kau yang rendah?

kenapa pandang dia,kenapa bukan diri kau?

apa hidup dia,lebih penting dari diri kau?

manusia yang betul redha dengan ujian Allah,dia akan pandang diri sendiri,dan cari ruang untuk memperbaiki.supaya setanding dengan manusia hebat lain.dan niat bukan untuk tengok siapa paling hebat,bukan.niat mesti untuk buktikan,yang ujian kegagalan yang Allah bagi dekat dia,dia boleh tepis,dan gantikan pula dengan ujian kejayaan.barulah wujud generasi yang betul-betul faham makna kejayaan.barulah semua bergerak bersama ke arah kejayaan.bukan hanya seorang sahaja yang berjaya.bukan.kita mahu semua berjaya.SEMUA.

dan dia redha dengan ikhlas atas semua ujian.

kenapa cakap kejayaan as ujian?

sebab bila datangnya kejayaan,sedikit tidak mesti timbul riak.takabbur.rasa tinggi diri.itu ujian.

sebab semua yang Allah bagi,untuk menguji.uji iman dan taqwa yang ada dalam diri.bukan beri sesuka hati.

jadi manusia redha dengan ujian ini,apa cirinya?


mudah.

bila diuji dengan kesusahan,dia senyum dan syukur.
bila diuji dengan kesenangan,juga masih senyum dan lebih banyak syukurnya.



jadi,jomjadi manusia yang tak menipu diri sendiri.manusia yang mahu semua berjaya.bukan setakat melepaskan diri sendiri,dan tinggalkan manusia lain terkontang kanting.dan mari hidup dengan hati yang betul-betul 100% ikhlas dan redha dengan ujian Allah.

percaya pada Allah,dan Allah akan kabulkan hasrat dan bantu kita hadapi ujian dunia.InshaAllah.

No comments: