Sunday, April 11, 2010

Sinergi;tepat dan padu.

Bismillaah..


it's been a while since the last time i blogged about something serious.

okay.mari mula.

baru habis baca SINERGI by Hilal Asyraf tadi.a very very good book,untuk sesiapa yang tengah cuba mencari apa erti hidup sebenar.intipati nya,ialah KEIMANAN.dan aku suka bila keimanan yang diangkat menjadi core concept dalam sesuatu pembacaan.

macam kata seorang sahabat;

"buku tu macam buku dakwah,cuma dibawak melalui cerita"

dan aku rasa,itu bijak.lebih bijak lagi bila meletakkan IMAN sebagai asas semua perkara.lagipun,Allah dah terang-terang sebut dalam Al-Quran yang setiap umat manusia Islam ialah manusia yang beriman.kalau tidak,takkanlah dalam ayat pujukanNya,semuanya akan refer manusia as orang yang beriman.

jadi aku menungkan sejenak beberapa perkara demi kebaikan sendiri.

diri aku ini,berapa peratus imannya?tinggikah?rendahkah?sederhanakah?

dan benar.iman bertambah dan berkurang.sebab kita manusia biasa.

BERUBAH.

berubah bagi aku bukanlah sesuatu yang mudah.tapi tidak mustahil.semuanya bergantung ke diri sendiri.it's you who decide.tuan punya hati.bukan manusia lain.

bagi aku,perubahan secara berperingkat,dan perlahan-lahan tetapi istiqamah lebih besar maknanya dari berubah secara drastik,tetapi hanya sekadar sementara.betulkan yang mana kita rasa nak betulkan.jangan terlalu ikut orang lain.ukur baju di badan sendiri.lebih mudah dan efektif.

bergerak secara perlahan,tetapi teratur itu,lebih bermakna.

bagi aku lah.

dan takperlu hebahkan ke manusia lain yang kau mahu berubah.okay.perlu diceritakan ke orang yang lebih berilmu,atau kawan-kawan,supaya meraka boleh bimbing kau dengan lebih elok.cuma jangan nanti,dah diceritakan ke orang yang kau mahu berubah,tapi habuk pun tarak.

itu dah macam cakap tak serupa bikin.macam berjanji tapi tak mahu menepati.jangan mungkir janji.itu ciri manusia munafik.

SAHABAT BELAHAN JIWA
bila aku baca mengenai Irfan dan Asid dalam Sinergi,automatik aku teringat Sarah.

kawan baik aku yang satu itu.aku dan Sarah,dulu di sekolah,sama macam Asid dan Irfan.

sayang kami susah mahu dicerita.sampai dilabel lesbian oleh manusia yang kurang faham.tapi itu kisah lama.tak apa.

dan benar,kami rapatnya sukar untuk dicerita.sampai malam,tidurnya sama masa dan tempat.paling aku suka,bila sama-sama Isya' dan tahajjud pukul 2,3 pagi.lepas itu,mesti akan ada sesi luahan perasaan dan masalah.dan selalunya,airmata aku yang menitis.iya,aku cengeng.haha.

kalau dulu,semua sahabat baik di sekolah dipanggil "jambu".sebab?taktahu.kenapa dipilih jambu,aku pun tatau.kalau panggil gajus pun best jugak,kan?haha.dan bila jambu,ke mana saja berdua.even ke tandas,mau ditemankan jugak.

tapi sungguh,aku rasa kuat sekuat kuatnya.untuk manusia yang kesihatan selalu diuji,dan emosi selalu dimainkan oleh hati yang selalu tak tenang,maka dia sumber kekuatan aku.sampai sekarang,dia masih salah satu sumber kekuatan aku.

dan aku mohon,untuk tahun-tahun seterusnya,kami masih sahabat baik yang akan ke syurga bersama.inshaAllah.ameen.





2 comments:

anamunawwarah said...

salam yan~

nak sinergi~~ wuu~

huhu

jambu eh...rasanya semesti je guna jambu tuk member2 rapat kn?huhu

seyh..rindu kat jambu org lak tiba2

sigh~

satu said...

salam.kak ana!hehe
nak sinergi?belum baca ke?siannnnnnnnn.haha

bulan 7 nanti ingat nak bawak balik sinergi ke malaysia.if kak ana belum baca,boleh je nak bagi pinjam time tu :)

alolo,rindu jambu.haha.comel la panggil jambu :)