Bismillaah..
hari ni bangun awal.pergi ke pasar seawal 7.30 pagi.awal bukan?okayyy.ayat skema di situ.nak backspace kan tapi malas.maka kita teruskan.
i spotted a very nice and beautiful scenery at Yeshwanpur.there's one tree,which not having too much leaves yet very.....beautiful.even with the presence of the crows,it still remains beautiful.malangnya,kamera tak bawak.jadi terlepas lah peluang menambah gambar pemandangan pelik aku.
takpe,kalau nak,petang ni boleh pergi.okay.kedengaran amat yakin dan komited sekali dengan kegemaran mengambil gambar yea kawan-kawan.hmpph.
by the way,i haven't visited the Mantri Square yang dikatakan sangat besar and agak best di Maleshwaram itu.ceh.visited.kau ingat melawat orang sakit ke?muahaha.lepas habis exam nak pergi la.
siapa nak ikut,sila angkat tangan.
...
and speaking of pasar,i saw a very huge kepala ikan patin tadi.nampak sungguh menyelerakan.dan amatlah sedap jika dimasak kari atau pun masak lemak tempoyak.tapi nak buat macam mana,oleh kerana,antara housemate aku,aku seorang aja yang amat,amat menyukai kepala ikan.maka,tidaklah dibeli.yelah.takkan nak beli benda yang kita suka aja.kena fikir kawan-kawan jugak.duit rumah kan.jadi ditahankan saja airliur yang dah nak meleleh tadi.
airmata pun rasa nak meleleh jugak.sebab tiba-tiba jadi ingat dekat mak.mak kalau anak nombor tiga dia ni balik aja,mesti akan bawak ke pasar dan suruh pilih segala macam kepala ikan.
kepala ikan patin,kepala ikan merah kepala ikan,kepala ikan..ah.macam-macam la.
balik-balik sampai rumah aja,mesti kerah semua tenaga memasak apa jenis masakan yang aku nak masak.kepala ikan merah selalu buat sup.kepala ikan patin selalu buat kari.sangat sedap.menaip nya saja airliuh aku dah cecah secawan lebih[okayy.gross.]
jadi,apa point kau di sini,ayam?
tak ada apa.aku just nak cakap,yang kalau kau bukan pelajar oversea,atau kau still duduk dengan mak ayah di rumah,silalah bersyukur.sebab tempat yang paling indah dan selamat yang aku pernah rasakan,ialah di sisi mak dengan abah.
dan sungguh aku tak faham dengan manusia yang terlalu nak lari dari rumah.okayy.fine.bagilah alasan mak ayah suka kongkong kau ke,mak ayah suka gaduh ke,mak ayah kuat bebel ke,aku tetap tak boleh terima.
sebab bagi aku,apa yang mak ayah buat,semuanya bersebab.kau memang tak nampak sebabnya sekarang,tapi tunggu beberapa lama.boleh nampak kenapa.tak ada mak ayah yang tak sayang anak.tak ada.[sila tolak manusia kejam yang buang bayi merata-rata].
dah.lagi banyak aku taip,lagi rindu aku dekat mak.baik aku pergi layan buku Pharmacology =.="
No comments:
Post a Comment