Sunday, April 18, 2010

spectacles

Bismillaah..


okayyyy.entry kedua dalam masa 24 jam.you should read your books lah ayam.tapi aku kisah apa.dah aku tamau.baca pun tak lekat.baik aku ber-blog.

sekarang ni,mata aku tengah berair.bukan.bukan sedih.bukan jua terharu.jauh sekali terkilan.eh eh salah channel.okay.straight to the point.lately,aku perasan yang mata senang sangat berair.pedih semacam.asyik nak meleleh airmata aje.renung buku pun boleh keluar airmata.renung laptop memanglah kan.aku rasa tahap kerabunan aku dah makin naik.

yang jumpa hari-hari mesti pelik;

"apesal dia ni.kata rabun,tak reti-reti nak pakai specs?"

haah.aku memang benci pakai spec.sebab aku rasa muka aku macam cikgu bahasa melayu sekolah rendah yang garang.[kau tak pakai pun memang ramai cakap kau garang ayam.]

ada buat spec.ada.tapi yang latest aku tertinggal dekat rumah senior time mesyuarat untuk pilihanraya tahun lepas.

kenapa aku tak pergi ambik?

sebab itu rumah senior lelaki.ingat boleh sesuka hati pergi rumah dia then cakap;

"eh encik X,saya ada tertinggal spec kat rumah encik.boleh tak kalau saya nak masuk geledah cari spec tu?"

tak ke pelik tu?tapi dah pernah tanya ke senior berkenaan,but dia dah kata tak ada.takkan lah nak berkeras paksa-paksa suruh carik sampai dapat.dah diri sendiri yang cuai.jadi hilanglah lagi sebijik spec.[mangai bm kau ayam.serious nak kena tampar dengan Cikgu Faizah Othman].


dan ada beberapa lagi kejadian mengenai spec.pernah satu hari,time form 5.balik rumah sebab cuti tengah tahun.tak lama sangat la.ada la dalam 2 minggu macam tu.sampai-sampai rumah,time tu baru lepas asar.aku sibuk nak keluar.then,dengan excitednya,nak pergi rumah Tok.konon rindu dekat Tok tahap petala ke 8.eh betul aku rindu okay.takde konon-konon.

naik motor dengan adik lelaki yang gemok.mak dah pesan before tu,kalau nak naik motor,pakai spec.sebab dia tau anak dia ni,kalau tak pakai spec,memang tak boleh nak agak jarak kereta kat jalanraya.tapi oleh kerana aku yakin dengan kehebatan adik aku untuk men-detect jarak kereta,maka aku setakat melaung; "Yelah" dekat mak.tapi sebenarnya aku tak ambik pun spec tu dalam beg.

dah sampair rumah Tok,sembang-sembang kejap.merayau kat luar rumah Tok.tengok Tok bagi ayam makan,tolong Tok kutip cabai luar rumah.lepas tu tibai kuih dengan air kopi yang ada atas meja.mengarut dua tiga ayat dengan adik lelaki sampai buat Tok gelak keluar airmata,lepas tu,balik.

on the way balik,dah dekat nak pusing masuk simpang ke rumah dah.ada nampak dua tiga kereta.tapi aku tak boleh nak agak jarak nya.dan sebab adik lelaki gemok,maka,agak payah untuk nampak kereta yang datang dari arah belakang.cermin sisi ada satu aja.motor buruk la katakan...

tanya adik;

"agak-agak jauh ke dekat kereta tu?"

"jauh lagi,cepatlah pusing.lipat masuk aja"

serentak tu jugak,BOOM!


aku tak nampak lain.aku nampak langit biru,dengan serpihan kaca.dalam kepala asyik ingat Allah,mak and adik lelaki aku aje.lepas tu,aku blackout.


bukak2 mata,terus nampak muka sembab mak.aku pelik.taulah ada kat hospital,tapi apesal mak macam sedih lelebih?

rupanya,aku tak sedar diri for 2 days.sebab motor yang aku bawak,hempap aku kat bahagian dada.adik lelaki alhamdulillah tak ada apa.cedera ringan dekat pinggang sikit.mak cakap,semua risau.and mak tanya kenapa tak dengar cakap mak.

time tu,serious aku rasa kalau jadi apa-apa dekat adik aku,memang lah aku akan rasa bersalah sepanjang hayat.okay.jangan emo lelebih ayam.ni supposedly jadi entry sengal.bukan entry sedih.haha.

maka,silalah pakai spec Azian Hana oi.and silalah dengar cakap mak anda.kerana seorang ibu/mak/ummi/mama memang ada aura.they know us well.sebab mereka yang kandung kita selama beberapa bulan.jadi mereka tahu.

dan berbalik kepada kisah spec,aku rasa aku nak pergi buat spec lah.

dan tiba-tiba entry ni habis di sini.



No comments: