aku tengah stressed sekarang.marah jugak.tapi sebab aku takmau maki2 orang(sebab yang bagi aku marah tu ialah darah daging sendiri),jadi aku diamkan.
tapi sampai ke petang tadi,aku dah tak larat nak tahan.
maka di sini aku bubarkan.
susah sangat ke nak faham masalah adik hang yang seorang ni?
dan memang.memang aku yang kena korban semua benda demi keras kepala,keras hati yang lain2.
hmmppphh!
....
lepas,aku jejak ke mukabuku.
aku klik ke group TAOS 0206.mahu lihat response kawan2 terhadap link yang aku post semalam.
aku doa dalam hati supaya akan ada yang perasan.
tapi aku nampak pula post seorang hamba Allah ni.
take note,tajuk post berkisar tentang bertunang dan kahwin.
aku rasa nak gelak guling2,tapi aku jadi lain.aku rasa...
sedih.dan pelik.
apa tak ada benda lain selain dari kahwin,kahwin dan kahwin dalam kepala kamu?
aku rimas bila itu yang diutarakan.kalau mau bincang betul2 tentang kahwin2 bagai,bincang lah dengan akal dan iman yang betul.bukan setakat;
dia ada boifren,bila dia nak kahwin eh?
atau;
"nanti jangan lupa jemput aku kalau kau kahwen eh?"
atau;
"ape cerita?kau dah ada boifren?bila nak kawen?"
hoi!ingat kahwin ni macam beli selipar jepun ke?apa ingat bila umur dah tukar angka dari belas2 ke puluh2,boleh la terus cakap pasal kahwin2 ni,tak kira masa di mana saja?
aku bukan nak halang fitrah manusia.tapi itulah,cuma sudah jelik dan bosan dengan isu kahwin.
kahwin bukan hal pelamin saja.kahwin hal lampin jugak.get it?
besar tanggungjawab.kalau nak masak kicap pun terkial kial,kalau nak sapu rumah pun terkehel kehel,jangan sentuh soal kahwin.kalau sembahyang masih belum cukup ikhlas dan cukup dan sempurna,jangan fikir kau mampu bimbing lah anak ke arah kebaikan.
ingat,kita kahwin harusnya bukan sebab nafsu.kahwin sebab nak meramaikan umat Muhammad.tapi bukan umat Muhammad yang haprak.kita nak bina umat yang kuat jasmani dan rohani.kahwin sebab nak dapat redha Ilahi.kahwin sebab kita nak tunai ibadah.
jadi bagaimana mau diwujudkan kalau kita,yang mau melahirkan dan mewujudkan semua itu,belum cukup sedia?
sedia bukan gantung kepada faktor usia,kematangan atau faktor fizikal yang lain.yang penting,kesanggupan untuk membina keluarga yang mampu bawa orang lain ke arah yang betul.kalau kita masih tunggang langgang,macam mana nak di susun aturkan suami/isteri dan anak2?
bukan tak puas hati dengan sesiapa.tapi mau minta semua fikirkan dulu,apa kita sudah cukup sedia untuk semua itu?apa kita MAMPU?
kalau sedia,dipersilakan.
kalau belum,persiapkan dulu.
jodoh pertemuan di tangan Allah.kalau sudah sampai seru,Alhamdulillah.terima dengan redha.dan usaha untuk bina keluarga yang mawaddah.dan cuba lah jadi suami soleh atau isteri solehah.
kalau belum,inshaAllah akan diketemukan.cuma sabar dan doa dengan betul2 percaya.
itu aja.tak mau kita terus terusan develop pemikiran minda kelas ketiga,walhal gaya hidup kita ala2 kelas pertama.
fikirkan.
4 comments:
Seringkali rakan2 mempertikaikan. Kalo x berboipren gepren, camne nak kenal bakal pasangan kite. Ntah2 perangai die teruk ke. Abih porak perande rumah tangge. Dan keluarlah ayat "aq nak kluarga aq bahagia, jd kene la kawin dgn org yg aq cintai"
Adik2, meh sini abg pesan. Bahagia itu dtg dari Allah, segala2 bende baik atau buruk tu semuanye dtg dari Allah. Jikalau blum kawin pn dah langgar perintah Allah, kahwin pn bukan sebab Allah, camna kamu semua boleh nak harapkan kebahagiaan yg hanye dtg dari Allah?
Pikir ye adik2..
hahaha
btol ayam
pelik sungguh
nak kawan pun kekadang susah
tertukar jadi kawen..aku bosan actually isu ni.tp anyway
xde istilah boipren-gf ni..aish hahahahah
kaklin setuju.jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan.dan bukankah perkahwinan itu lebih baik untuk menyatukan lelaki dan perempuan secara halal?kita doakan yg baik2:)
budakbek89;betul.aku setuju.
faiz;dont be too hard on boifren gilfren punya istilah.okay.
kak lin;jom doa sama2 :)
Post a Comment