Wednesday, February 20, 2013

punch



'when you have nothing to protect anymore,all hell broke loose'


you don't know what's in my heart. stop looking at me and go live your own life.

Tuesday, January 15, 2013

dilemma


semalam aku telefon mak. dengan suara ala-ala ella/ramli sarip..dengan nafas yang putus putus disambut dengan batuk berkahak.

"kan mak dah kata jaga kesihatan.selalu buat mak risau.duduk jauh-jauh macam ni susah hati mak"

"ala mak. dulu sekolah sains teluk intan dekat tet tak sampai 20km tu pun mak risau jugak.yang jauh berjuta batu ni pun mak risau jugak."

"hati emak. takkan pernah diam selagi anak tak ada depan mata."

"nanti dah kerja lagi la susah.entah entah kena posted pergi sabah sarawak boleh balik sekali sekala aja"

"tak payah laa pergi jauh jauh. dekat teluk intan pun ada hospital.ni haaaa,abah kata tanah untuk bukak klinik Yan dah siap dah.tak lama lagi dah nak habih belajaq kan"



*diam*




"mak,tak boleh ka kalau kita bukak restoran,tak payah bukak klinik?"

"nak kena luku kepala dengan abah ka??"



okay siapa nak join venture klinik aku.mai mai pakat pakat mai hoi.

-.-"

p/s: being the only daughter who actually listens to my own parent is...hard.kakak2 semua degil nak buat macam mana....





Monday, January 14, 2013

this isn't it


yesterday i saw a tall and charismatic doctor upon my arrival at the hospital. i was parking my scooter when our eyes met.my face reddened and i quickly turned away,trying to hide the embarrassment i felt at that time.

my friend who was standing near me saw this.

"kau apehal malu semacam dia dah kawen la."

i waited until the doctor went into the hospital and then i confessed;

"aku nangis depan dia la time exam haritu.malu tau tak"






Thursday, November 22, 2012

muted.forever.

that night.

i stood over there,music of mine for him playing slowly,
heart full with hopes,eyes filled are with tears,

no he didn't came out.
he heard the song,but he didn't notice my heart.

he must have really like her then.

Wednesday, September 19, 2012

back

you know,
all i want to say is that i have been away for too long,

cause at the end,
it's not our shiny little scalpel that saves lives,
it's Him.

and i am not your superhero.
He is.



Tuesday, August 28, 2012

apa ada

sekarang posting Pediatrics. gembira sebab aku memang suka budak-budak. sedih sebab kesian tengok si anak kecil menangis mengongoi kesakitan. dua hari lepas tinjau wad kecemasan sekejap. ada satu baby tak boleh bernafas. doctor kata a known patient of heart disease.

kesian. si ibu meleleh airmata tengok si anak kecil seusia 6 bulan ditusuk jarum. aku nak mintak jarum buat practice ambik darah pun tak sampai hati.

kesian. si ayah tegak berdiri mematung. tidak melihat langsung si anak. dan tidak langsung melihat si isteri yang menangis.apatah lagi memeluk memberi kekuatan.

kenapa?

sebab si anak usia 6 bulan itu PEREMPUAN.

di India,anak perempuan itu beban. kesusahan di masa mendatang.

aku terus blah dari situ. dengan sebak di dada. dengan persoalan "kenapa tak mahu diusahakan untuk anak itu berbakti di kemudian hari?"



*diam*



jadi syukurlah kita-kita ini yang masih di sayang ayah. syukurlah kita masih atau pernah punya ayah yang masih mahu menghantar kita-kita ini ke sekolah,ke luar berjumpa kawan,hatta ke kedai membeli jajan. syukurlah walau tak tertunjuk di perlakuan.


syukur dan doakan.




*diam*




sebenarnya aku rindu abah.




Tuesday, August 21, 2012

how should i say this?

susah jadi anak gadis ni.

Raya pertama,mak tengok gambar raya kau dengan kawan-kawan perempuan aje.okay lagi.belum bebel apa-apa lagi. steady.

masuk raya kedua,mak dah tanya;

"eh tak nampak pun kawan-kawan lelaki.tak ada ke kawan laki kat sana?"

raya ke tiga,dia nampak gambar kawan yang dah berpunya tu upload gambar dengan cik abang dia.

ah sudah. gelabah cicak aku.tambah-tambah bila dengar suara makcik makcik sedara kat tepi mak,duk soksek soksek bertanya itu ini. "udah ada orang ke die tu?" "takkan le belum ada,umur dah lanjut" "kalau takde lagi,aku ada sorang anak kawan aku ni"

lanjut apa makcik oi aku baru 23 tahun. yang emak pun satu. nak di lawan kata dia,serba salah. nanti tak pasal-pasal jadi batu kena sumpah dengan emak. kenapa la emak tak relax macam abah.

...

"nanti balik tak bulan 10?balik sekejap pun jadi la.mak rindu la."

tak.

"kalau balik boleh tolong mak kat rumah."

dah adik aku kat rumah tu tak tolong mak ke.

"kalau Yan ada meriah sikit rumah"

pelik.ni dah kenapa mak aku ni.

"lagipun Makcik Esah cakap anak laki dia yang duduk Aussie tu pun balik jugak.dia pun teringin nak jumpa mak."


aku dah agak.kalau tak berkumandang cadangan cadangan sumbang macam ni tiap kali telefon rumah,memang tak sah.


kenapa la kakak-kakak aku semua pergi kahwin awal. payah. memang payah.