Monday, November 30, 2009

benci

"once broken,forever bleeding"


apa nak buat kalau kita memang dah diterlupakan?

Sunday, November 29, 2009

junction(s)

"bila nak labuhkan tudung?"

"nanti nanti."

"bila tu?"

"bila kuat sikit"

.....


bukan tak mahu,tapi belum mampu.jadi mahu di bagaimana kan ni?takkan nak buat semata mata kerana dia?and again,this words came into my mind;

"fake it till you make it"

Ya Allah,dia mahu seorang yang solehah,keluarga yang mawaddah dan rahmah,dan perempuan yang bawa dia menuju ke cinta Allah.

bolehkah dilaksanakan kalau diubahkan diri kerana itu?bolehkah?berterusankah?berkesankah?

read between the lines lah


"the day you see me and say nothing,is the day you set me free"




kadang kadang bukan kita tak perasan,tapi memang tak mahu perasan.

Saturday, November 28, 2009

tutorial on leukemia is tomorrow.

microb's test is on wednesday.

i am a dead meat.

:(

untuk perempuan

mode :Down;Jay Sean.

p/s:ini untuk seorang perempuan di Malaysia.

apa kau akan buat kalau kau nampak sesuatu yang memang betul tak kena pada tempatnya?dan kau ada hak untuk betulkan benda tu[sikitlah,at least].

kau akan alihkan benda tu ke tempat yang betul kan?

sekarang gantikan benda,kepada manusia.masih mahu tolong betulkan?masih berani memberi nasihat?


aku masih fikir.aku ada hak untuk beri buah fikiran.tapi yang paling rapat itu yang paling susah mahu dibawa bicara serius bersama.sebab selalunya,yang rapat dengan kau hanya lebih banyak gelak ketawa,dari berbincang isu serius.bukan?

isu serius itu,aku bagi contoh serius.

maruah perempuan.


yang rapat,selalu nya boleh buat lawak gila,sampai cerita pasal hidung kau besar pun boleh dilawak jaja depan kawan yang lain.tapi kalau bab maruah hati,mahu di apa kan?kalau dilawakkan,tarik muka masam.tak cakap mahu seminggu.parah tu.

paling akhir,kau diam.tak jadi cakap apa.tapi hati kau masih mahu pecah setiap kali kau rasa geram,dengan hal semacam itu.


lagi satu,aku rasa mahu menangis bila ada yang tersua,walhal,sudah memang boleh di agak,yang pihak sana itu,pandang kau,sebelah mata.jodoh ajal di tangan Allah,tapi kita boleh tengok kan kalau pihak sana mahu atau tidak.

aku tak kisah bila kau mahu tersua sua,tapi sampai lupa kawan,macam mana ni?mau di apa kan lagi?

aku pernah buat macam apa yang kau buat.dan bila yang kau harap kan,tak sampai pun 2% terbalas,kau boleh jatuh pecah berderai.

sumpah setahun aku menyesal buat macam tu.

it's not worth it to lost a friend,just to get a so-called-special-boyfriend lah.


isu ini,bukan hal aku pun kalau nak di fikir logik.tapi bila di renung dengan akal dan hati,aku rasa aku ada hak untuk suarakan ini.supaya,kau tahu,kau lebih tinggi harganya dari apa yang kau jadi sekarang.

kita perempuan,yang Allah cipta dari rusuk lelaki,bukan dari kepala untuk dijunjung,bukan dari kaki untuk dipijak,tapi dekat di hati untuk disayangi dan dekat dengan tangan untuk dilindungi.


aku pun tak bagus.masih berusaha jadi yang terbaik.belum capai,but at least i am trying.


percaya dengan janji Allah.semua janji Dia itu pasti.

kau akan jumpa jodoh kau nanti.cuma sabarkan diri.jangan jadi murah begini.okay?

raya




SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
,everyone.


:)

Friday, November 27, 2009

my 3 days 2 nights vacation

mode: entah


aku baru keluar dari ward.percutian menarik.3 hari 2 malam.

=.='

i am not well.not in the pink of health.tak pink,tak ungu,tak hijau,jauh sekali putih!

my hands and body bloated all over.huh.i know,i know,i am fat,but not THAT fat.kan?

:)

gambar tangan gemuk nanti ah.ni dah sakit sebab menaip.cis.