Bismillaah..
ada orang kata,jadi wakil persatuan pelajar di sini,sama macam jadi boneka.mula-mula,aku rasa macam nak hempuk meja(wah!that rhymes.lol).tapi bila di fikir kali kedua,aku rasa;
"boneka pun boneka lah.paling tidak,pengalaman itu aku ada.paling kurang,aku cuba.paling sikit,aku rasa.cukuplah tu"
aku lepas nafas perlahan dan aku teruskan kerja aku waktu itu.
..
esok lusa tournament futsal between students Malaysia under MSA Chapter Bangalore dah nak start.makin busy lah nampaknya.tak apa lah.
life is a continuous assessment anyway.
..
semalam ada lagi manusia ajukan aku soalan yang sama,berulang kali;
"kenapa kau layan dia?gediklah dia tu"
meh sini aku nak jawab.sebabnya,aku dah janji aku ada untuk menelinga.aku kira apa weh kalau kau rasa dia gedik gila.aku kisah apa kalau kau tak suka.janji bukan boleh langgar sesuka hati.letak diri kau dekat tempat dia.ditinggal pergi tak ada manusia nak dengar tolong nasihat,apa kau rasa?
lagipun,yang aku pegang,manusia,tak ada satu pun yang harus kau sisih atau buang.dan iya,aku masih belajar untuk cuba jadi manusia menghulur tangan kepada manusia lain.
kalau kau nak simpan tangan kau,sila.
tapi tu la.aku belajar yang kita hidup tolong menolong.kalau tak,sia-sia buat karangan panjang berjela beratus ratus patah perkataan pasal semangat tolong menolong dalam masyarakat.
okay dah aku diam.
apehal kau emo tiba-tiba ayam?=.="
penat agaknya.otak pun dah memberontak secara tiba-tiba.jadi entri ni tamat di sini.
No comments:
Post a Comment