berjaga sampai pukul 1 pagi.Davidson di sebelah bantal.lecture notes ulang baca nak dekat 14 kali.punyalah cuak nak exam Medicine kan.dengan takde guidance topic dari doctors,tak sure format apa exam tu,plus baru sampai dari tanah air terchenta..memang gelabah cicak la kan tetiba nak ambik exam.
penghabis cuak ialah tidur dan berdoa supaya soalan mudah dan terang hati untuk jawab.melangkah ke hospital dengan hati yang agak risau,tapi tetap maintain tenang.sepanjang jalan nak ke hospital,punya lah keliru kepala otak duk mengimbang between tengok jalan raya and mengingat balik apakah sebenarnya benda yang aku belajar malam tadi.
agak gentar di situ bila sampai hospital,tengok semua orang tengah baca pneumonia la,hepatitis la,antiretroviral teraphy yang nama ubat dia memang terbelit lidah Melayu aku ni.
tiba-tiba,rasanya macam langit terbukak sebenarnya malam semalam.Tuhan dengar doa aku.
SOALAN EXAM MEDICINE HANYALAH FORMAT MCQ.
alhamdulillah.
mcq pun,even 20 soalan aje,berpeluh jugak nak jawab.
itu cerita exam hari ni.
then semalam sebenarnya dapat markah Community Medicine.alhamdulillah,syukur kepada Allah.ingatkan dah fail dengan hebat.tapi alhamdulillah lulus jugak.walaupun bukan dengan flying colours,tapi cukuplah tu,berdasarkan usaha yang aku bagi untuk community medicine tu.
and second internal exam is on 26th September.blerghh.
haah.hidup budak medic memang macam ni.exam semedang.tapi itu tidak menghalang sebarang aktiviti yang ingin dilakukan oleh pemilik blog.hehe.
dan semalam ada orang mesej,tanya ini;
"kenapa bila setiap kali guruh,kau rasa takut?"
ooooo..kay...aku rasa ini soalan yang aku dah hampir lupa.maka,mari la baca article di satu site ini, yang dah agak lama tak bukak.
2 comments:
Best of luck to you, future Teluk Intan's best muslimah doctor! Keep going strong & never doubt your moves..=)
thank you very much.inshaAllah makbul doa anda ini.
Post a Comment