Thursday, September 15, 2011

syukur,kita ada lebih dari apa yang kita mahu sebenarnya.





alhamdulillah.rasa macam boleh jawab soalan community medicine tadi.tapi markah masih misteri.sungguh cuak.

tapi takpe.kita tinggalkan hal itu.sudah berlalu,yang pergi takkan kembali.eceh.tetiba.

okay.allow me to educate you about this one medical condition.

first,for us to have the normal skull,the neural tube need to fuse completely during the pregnancy.child with this disorder is born without the forebrain,and the brain tissue is exposed,without any protection from the skull.

ala nak cakap lebih-lebih terasa macam tak larat nak taip di sini.go google it okay?

dan baby ni lahir beberapa hari lepas.case ni bukan case pemilik blog,sebab sekarang pemilik blog posting di department ear,nose and throat(ENT).jadi tiap-tiap hari hanya ngadap telinga,hidung dan kerongkong.bukan baby.bukan.bukan.ini case kawan pemilik blog,sebab mereka posting OBG sekarang.





subhanallah.kalau tuhan dah kata kunfayakun,maka jadilah.kita merancang,tuhan yang tentukan.i know,this sounds so cliche,but it's true.

part of me want this baby to be alive,but part of me question his position in this world,even if he's alive.you know,it breaks my heart when i hear about any bad news,but i just can't stand the death of the innocent baby.

dengar cerita dari kawan2,baby ni tak banyak ragam pun.tidur je even orang ramai tenok and pegang dia.status samada still hidup or dah meninggal,tidak pemilik blog tahu.masih merisik khabar.

tapi bila fikir balik,tak apa lah.kalau tiada harapan hidup pun,paling tidak,dapat tengok muka ahli syurga.

:)



bila jumpa case macam ni,sebak bila ingat pasal ada anak yang tendang/pukul mak ayah sendiri,ada yang sanggup bunuh sebab kena tegur sikit dengan mak ayah,ada jugak kes bunuh diri sebab putus cinta.

ada otak sihat sempurna pun tak tahu fikir.

sad,isn't it?

maka marilah bersyukur untuk semua yang kita ada.biar tak handsome,tak cantik..tak apa.selagi pandai guna apa yang tuhan dah bagi,and tahu bersyukur dengan apa yang ada.biar tak cantik,tak kacak asal kan cukup jari tangan.asalkan ada hidung telinga muka.cukuplah.kan?


Wednesday, September 14, 2011

exam lagi.ah aku kisah apeeeee



been wasting my precious time since this afternoon.what have i done? *facepalm*


okay stop the drama ayam.

i have community exam tomorrow morning.4 essays,and the duration is half an hour.HALF AN HOUR?what can i do in that short duration?even gathering my thoughts will take almost 5 minutes!

community medicine department always been ridiculous.well,challenge accepted.we'll see how.

and second internal exam is in less than 2 weeks.

takpe ayam.relax.kau bukan jenis yang study hard.kau study smart.jangan ikut orang lain.takpe diorang nak belajar sampai pecah kepala.kau kena cool.jangan gelabah,nanti dalam kepala otak kau bercelaru.relax ayam relaxxxxxxxxxxxxxxxxx.

*straight face*


disebabkan pemilik blog cuak tahap iguana,maka entry ini terhenti di sini.kot2 kalau aku bosan,nanti aku tulis pasal baby takde tengkorak untuk korang.

ye aku tau.boring gila blog ni.tak cakap pasal exam,cakap pasal medical things,takpun rutin harian pemilik blog.

sukahati aku la.blog aku,kan?

okay bye.


Tuesday, September 13, 2011

just like this




you are like a happy kid,running toward toys and sweets.how wonderful it would be to have someone like you by my side.



Monday, September 12, 2011

RP



buat residential permit esok pagi.

ya tuhan,tolong lah semua berjalan lancar.tak larat ulang alik balai polis di India ni.kalau ada abang polis sekacak shah rukh khan memang takpe.tapi malangnya tak ada.and harap harap meter kesabaran tinggi untuk berdepan dengan kemungkinan yang ada.


by the way,macam confirm je kena balik November ni.baru ingat nak kumpul duit bebanyak bawak gi misi bulan 3.ciss.

Sunday, September 11, 2011

bad enough.



found a picture on facebook,now i am curious.

dan nampak sesuatu kenyataan,and teringat satu fakta.fakta yang aku allergic habis.sungguh tak boleh terima sampai sekarang.otak aku serious tak boleh nak cerna and hadam fakta tu.sampai mati akan ingat.


tapi yang itu takpe.kita tolak tepi.cerita zaman batu itu tak perlulah nak disingkap balik,kan?

sekarang aku tengah pulun nak menghabiskan ENT punya topic untuk exam.so nanti time dah menjelang hari-hari seksa nak dekat exam tu,takdelah terkedek2 baru nak baca pertama kali.tapi masalahnya bukan ENT,tapi Ophthalmology.sungguh tak minat benda ni.padahal mata tu lah duk bagi kau tengok semua benda,ayam.cuba bawak-bawak insaf sikit.haish.



hari ni tak call mak pun.tak dengar suara Aqeef dengan Qaseh pun.susah la macam ni.baru adik dengan anak sedara,belum anak sendiri.dah rindu bukan main.macam mana kalau dah kahwin ada anak tapi kena tinggal sebab nak menjalankan tanggungjawab kerja?bagaimana?okay ayat skema rasa nak tampar diri sendiri.


oh,esok start posting department ENT.gerun pulak aku bila fikirkan pasal ketegasan Dr. Roopa.


maka dengan kegerunan itu,marilah baca sedikit anatomy ataupun apa2 yang patut,supaya tak terkejut beruk kalau kena soal tetiba pasal anatomy and physiology of larynx,pharynx,nose,ear or whatever.

bye.



p/s: mak suruh balik bulan November ni.tapi aku dalam misi berjimat demi misi bulan 3 ni :/


Saturday, September 10, 2011

yakin dan percaya.



berjaga sampai pukul 1 pagi.Davidson di sebelah bantal.lecture notes ulang baca nak dekat 14 kali.punyalah cuak nak exam Medicine kan.dengan takde guidance topic dari doctors,tak sure format apa exam tu,plus baru sampai dari tanah air terchenta..memang gelabah cicak la kan tetiba nak ambik exam.


penghabis cuak ialah tidur dan berdoa supaya soalan mudah dan terang hati untuk jawab.melangkah ke hospital dengan hati yang agak risau,tapi tetap maintain tenang.sepanjang jalan nak ke hospital,punya lah keliru kepala otak duk mengimbang between tengok jalan raya and mengingat balik apakah sebenarnya benda yang aku belajar malam tadi.

agak gentar di situ bila sampai hospital,tengok semua orang tengah baca pneumonia la,hepatitis la,antiretroviral teraphy yang nama ubat dia memang terbelit lidah Melayu aku ni.

tiba-tiba,rasanya macam langit terbukak sebenarnya malam semalam.Tuhan dengar doa aku.


SOALAN EXAM MEDICINE HANYALAH FORMAT MCQ.

alhamdulillah.

mcq pun,even 20 soalan aje,berpeluh jugak nak jawab.


itu cerita exam hari ni.


then semalam sebenarnya dapat markah Community Medicine.alhamdulillah,syukur kepada Allah.ingatkan dah fail dengan hebat.tapi alhamdulillah lulus jugak.walaupun bukan dengan flying colours,tapi cukuplah tu,berdasarkan usaha yang aku bagi untuk community medicine tu.


and second internal exam is on 26th September.blerghh.

haah.hidup budak medic memang macam ni.exam semedang.tapi itu tidak menghalang sebarang aktiviti yang ingin dilakukan oleh pemilik blog.hehe.


dan semalam ada orang mesej,tanya ini;

"kenapa bila setiap kali guruh,kau rasa takut?"

ooooo..kay...aku rasa ini soalan yang aku dah hampir lupa.maka,mari la baca article di satu site ini, yang dah agak lama tak bukak.


Friday, September 9, 2011

update raya.






just got back from Malaysia.and i miss it already.apakah ini?


raya kali ni sama dengan raya sebelumnya.cuma tambah sikit busy nya.dengan tetamu yang tak berhenti bertandang.sampai kecut 10 jari tangan asyik basuh pinggan di dapur.punyalah busy sampai tak sempat snap gambar raya satu family.tsk tsk.




tapi puas sebab berjaya bermain dengan Qaseh and Aqeef tanpa batasan.bangun pagi celik mata terus pegang baby.dah la bau fresh budak2 tu.sungguh bahagia.aqeef pukul 6 mesti dah terbeliak biji mata.selalunya mak hantar aqeef masuk bilik aku,bagi baring sebelah aku sampai aku bukak mata.Qaseh pulak boleh detect dia bangun bila dengar bunyi gelang kaki dia.

nah sedikit gambar untuk santapan mata.







ada beberapa benda nak aku kisahkan di sini.tapi nanti-nanti sebab esok pagi ada exam menanti.sekian pantun 3 kerat aku.bye.


p/s: Malaysia memang indah.