Friday, December 11, 2009

ini cerita sedih

mode: sedih.


how do i start?


okay first.benda sedih yang terjadi,semasa harijadi yang sepatutnya happy bagai nak rak.


mak,abah,kakak2,adik2 dengan abang lupa terus birthday aku.terima kasih.sampaikan kena call dulu ingatkan,baru nak wish.sampai hati mak.untuk yang sulung,mak sanggup pergi UK sebab nak hantar durian.untuk yang kedua dengan keempat dan ketiga,mak abah panggil satu kampung datang rumah sebab buat kenduri doa selamat.untuk abang angkat,mak abah sanggup bayar tiket satu family[kecuali anak nombor 3] untuk pergi Tokyo.sebab nak lawat anak yang itu.siap bagi hadiah kereta,konon untuk kemudahan di sana.

anak nombor 3 nak beli scooter murahan pun kena guna duit sendiri.duit masuk ward haritu pun mak abah tak compensate kagi.tak aci.

dan harijadi pun semua tak ingat.sedih tau.

:(


....

bestfriend sendiri wish jugak.tapi lepas dua tiga mesej,dah diam.

okay ayam.sedar diri kau siapa sekarang.

.....

dia.


ingat,tapi janji entah kemana.

ptuih.membencikan tau tak?

....


tadi ke mall.fine.duit dalam bank memang dah tahap nyawa2 ikan.cukup2 untuk guna time holiday dengan winter camp aja.


jumpa banyak benda.

satu,perfume GUCCI Envy Me.fine.memang guna yang itu.tapi sekarang dah tinggal beberapa titik aja.tahu,memang salah sendiri sebab sibuk nak guna perfume mahal,padahal tak penting pun.harga dah lah mahal nak mampossss aku cakap kau.lagi mahal dari time aku mula beli dulu.caish.

tak boleh beli.hanya boleh buat gaya nak beli,mintak abang promoter tolong sembur ke tangan,konon nak test,padahal dah arif sangat bau macam mana.

sebab;tak ada duit nak beli baru.


fine,lepas ni kau pakailah minyak attar ayam.

....

dua;jumpa kasut best,cantik,selesa.

jenama Nike.fine.dengar jenama pun dah tahu mahal.memang sah2 tak boleh beli,even tahu tu memang kasut yang akan insyaAllah tahan lama.

tak beli,sebab,memang dah tak ada duit kan.

kau lanyak lah apa aje yang ada ayam.

.....


tiga;jumpa satu cincin emas putih ni.tengok dengan Kak We.sumpah serious rasa nak beli.tapi sebab dah harga dia nak dekat 3ok,which is almost rm2000++ so memang kena letak balik ah cincin yang dah siap sarung kat jari tu.akak promoter pun dah ala;

"budak ni jangan dia bawak lari cincin ni dah ah".

siap ada jelingan membunuh lagi weyh.

ah,nasib kau ayam.insan tak ada duit berkepok.



TAPI SUMPAH SERIOUS CINCIN TU CANTIK TAHAP GABAN ASBESTOS CIPAN MATI HIDUP BALIK.

emas putih weyh emas putihhhhh.sape nak bagi saja2 kannnnn?

diam ah ayam.

....


next,jumpa seluar sukan.fine.Adidas pulak.[kau semua nak yang mahal2 ayam].tapi memang akan tahan lama kan.baikkk punya kualiti kannn.

tapi tetap hanya mampu memandang.

keluar dengan muka hampa.dan hati duka.ces.esok malam main futsal guna seluar sukan sekolah dulu aja okay?

ptuih.


....

highlight of the day.


jam Swatch kesayangan saya sudah ROSAK.

mula mula girang sebab ingat habis bateri mcm biasa.dengan yakin melangkah masuk ke kedai jam yang ada jenama Tag Huer,Omega,etc.ah,memang semua mahal gila babas weyh.main ribu2 harga.tapi tujuan aku,untuk tukar bateri aja.

tanggal jam,bagi encik tukang tukar bateri.

tunggu 5 minit,tiba tiba;

"i think your watch is broken"

"eh,why?it is fine.seriously"

"no.you have the warranty?bring it to the another swatch branch,they will give you another one."

"okay"

jalan.dua tiga tapak,airmata dah turun.sial.


aku sayang gila babas okay jam tuuu.


baik rumah,baru teringat,warranty jam hanyalah selama setahun.sekarang dah lebih setahun berapa bulan ntah.

gosok mata.pejam celik dua tiga kali.terus meraung.

terima kasih.sekarang jam juga telah betrayed saya.


....


laptop buat hal.si Acer cabuk buat hal.memang nak kena baling ke bawah dari tingkat 3 ni.

terpaksa bersabar dengan Acer cabuk,sebab MacBook Pro dah kena curi kan lepas raya hari tu.tak samapai 2 minggu aku tatap dia,dah ada pencuri ambik.


sabar ayam sabar.

....


sekarang dah sakit kepala.tadi beli tiket new moon.tapi sebab tiket murah dah habis,terpaksa akur dengan tiket mahal.beli jugak.4 semuanya.tapi tak tahu lagi 3 orang setuju ke tak nak bayar harga tiket yang mahal tu.

....


nak kena ambik lesen motor pulak di India.esok hari okay.


....

esok jugak kena pergi beli bakul laundry baru.tak larat nak guna baldi aja,sedangkan baju penuh macam gila.


duit lagayyyy.

....

esok petang ada makan2 di rumah kawan.fine.ni aja yang menyenangkan.

....

esok malam ada futsal.fine.ni macam best.tapi kalau tak ada kasut baru dengan seluar sukan baru,macam mana nak jadi best gila?ahhh.jangan banyak alasan ayam.diam sekarang.

fineeee.

....

sekarang tinggal sorang2 dengan perut yang lapar,mata yang bengkak,hati yang sakit,jiwa yang duka,poket yang nipis dan kepala yang penuh dengan macam macam persoalan.


....

tapi masih sabar.sebab ada hikmah kan.semua benda jadi ada hikmah kan???memang saja nak uji kan?tapi memang banyak ujian sejak masuk 20an ni.memang.memang.

No comments: