Bismillaah...
sangat penat hari ni.even time layan Narnia dekat Star Movies pun boleh tidur tak ingat dunia =.="
someone asked me something today;
"what would you feel if i tell you,that i hate you?"
aku sengih.well,hating someone is not a crime.i can't control your feelings.just beat it.
yang aku tau,aku takkan benci kau :)
oh.ada lagi.in less than an hour,ada surprise celebration untuk Ogie.haha.
maka kena blah dari sini dan pergi tolong buat mee bandung sekarang.
Friday, April 16, 2010
Thursday, April 15, 2010
Wednesday, April 14, 2010
untung nya
Tuesday, April 13, 2010
redhakah kita?
Bismillaah...
baru habis tengok biopsy of the lymph node.a simple procedure,yet a hard one,if you don't have any experience doing it before.
and ada kawan yang cakap;
"tengok muka akak ni,redha je doktor robek tengkuk dia"
redha.
terus ter-register dalam otak satu patah ayat tu.
dalam hati;
"betul ke dia redha?entah-entah lepas ni,dia keluar sambil marah2 doktor sebab doktor buat ganas ke hape"
oh bukan bersangka buruk,cuma ini bertujuan nak bagi analogi kepada kau.
andaikan,pesakit itu manusia.dan analogikan doktor itu sebagai Dia.yang utama.yang berhak mengawal tindakan dan hati kita.dan proses biopsy tadi,sebagai ujian hidup.kita letak kita dalam situasi di atas.
Allah bagi macam2 ujian kat kita.
kesakitan
kehilangan
kegembiraan
rezeki
kesedihan
kejayaan
kegagalan
pernah terfikir,yang apakah kita redha dengan semuanya?ini aku cakap tentang redha yang betul-betul ikhlas dan benar.bukan setakat;
"tak apa,aku redha" atau
"nak buat macam mana,redha aje la"
padahal dalam hati,berkecamuk.dalam hati,riak semacam.
dan ikhlas,bukan main-main.ikhlas yang betul ikhlas ialah ikhlas yang kau tak cakap ke sesiapa.hanya between kau dengan Allah.selagi kau cakap yang kau ikhlas,maka itu masih belum ikhlas.
faham?
dan redha,bukan senang.sekali jatuh tersungkur,boleh redha betul-betul.masuk kali ke tiga keempat,redha setakat di mulut.sesaat dua.lepas tu,ungkit balik pasal kegagalan.pasal kesakitan.pasal kehilangan.
yang benar redha,dia akan diam dan syukur redha dalam hati.
aku bagi contoh;
ada satu manusia.dapat markah lagi tinggi dari kau.di mulut,kau kata redha dengan markah kau.tapi di hati,kau geram.kau soalkan kenapa manusia lagi satu tu markah lagi tinggi.kau tak puas hati.dan kau terus-menerus persoalkan kenapa dia markah lagi tinggi.
aku nak tanya;
kenapa bila dapat markah,yang kau mention markah tinggi dia?kenapa bukan markah kau yang rendah?
kenapa pandang dia,kenapa bukan diri kau?
apa hidup dia,lebih penting dari diri kau?
manusia yang betul redha dengan ujian Allah,dia akan pandang diri sendiri,dan cari ruang untuk memperbaiki.supaya setanding dengan manusia hebat lain.dan niat bukan untuk tengok siapa paling hebat,bukan.niat mesti untuk buktikan,yang ujian kegagalan yang Allah bagi dekat dia,dia boleh tepis,dan gantikan pula dengan ujian kejayaan.barulah wujud generasi yang betul-betul faham makna kejayaan.barulah semua bergerak bersama ke arah kejayaan.bukan hanya seorang sahaja yang berjaya.bukan.kita mahu semua berjaya.SEMUA.
dan dia redha dengan ikhlas atas semua ujian.
kenapa cakap kejayaan as ujian?
sebab bila datangnya kejayaan,sedikit tidak mesti timbul riak.takabbur.rasa tinggi diri.itu ujian.
sebab semua yang Allah bagi,untuk menguji.uji iman dan taqwa yang ada dalam diri.bukan beri sesuka hati.
jadi manusia redha dengan ujian ini,apa cirinya?
mudah.
bila diuji dengan kesusahan,dia senyum dan syukur.
bila diuji dengan kesenangan,juga masih senyum dan lebih banyak syukurnya.
jadi,jomjadi manusia yang tak menipu diri sendiri.manusia yang mahu semua berjaya.bukan setakat melepaskan diri sendiri,dan tinggalkan manusia lain terkontang kanting.dan mari hidup dengan hati yang betul-betul 100% ikhlas dan redha dengan ujian Allah.
percaya pada Allah,dan Allah akan kabulkan hasrat dan bantu kita hadapi ujian dunia.InshaAllah.

Monday, April 12, 2010
pfttt
Bismillaah..
hari ni,hari aku bermasam muka dengan diri sendiri.depan cermin.
mood aku hilang.buat-buat tak kisah,tapi membawak sampai ke malam.
nak ditambahkan perisa,laptop dengan handphone buat hal.merajuk meragam.jenuh aku pujuk,tak mau2 elok.lepas tu,dalam kepala mula la timbul;
"Macbook Pro dengan Blackberry sound promising kan?"
Macbook Pro pernah beli.sayang.jodoh kami tak lama.2 minggu beli,hilang lesap dikebas pencuri.
nak kata apa.diam aja lah.dah takdir mau dibawak lari.
tapi aku kenangkan plan bulan 9 dengan bulan 3 tahun depan.jadi aku duduk diam2 fikir dulu.ni sekarang ni,fasa berfikir.bukan fasa melulu dan terus jadi ligat.kata dah besar.kan?
dan ah,manusia.
aku tak tahu nak rasa apa bila ada yang ungkit pasal blog aku.nak marah,tak boleh.nak suruh dia,tak sanggup.aku senyum.paksa-paksakan.biar biasa.supaya hati semua boleh terjaga.kan bagus macam tu?
and no,i'm not being cynical here.
dan ada lagi.
aku nak tanya,betulkah,yang perasaan suka tu,boleh hilang kalau jauh di mata?
macam kita nampak gambar orang tu,kita makin hari rasa makin suka.kalau tak nampak taklah sekronik mana.
betulkah?
and no,i'm not refering to myself.ni ada orang suruh tanyakan.dia tak ada blog ataupun facebook.maka,aku kena suarakan.
haa,siapa tau,jawab sekarang.

Sunday, April 11, 2010
Sinergi;tepat dan padu.
Bismillaah..
it's been a while since the last time i blogged about something serious.
okay.mari mula.
baru habis baca SINERGI by Hilal Asyraf tadi.a very very good book,untuk sesiapa yang tengah cuba mencari apa erti hidup sebenar.intipati nya,ialah KEIMANAN.dan aku suka bila keimanan yang diangkat menjadi core concept dalam sesuatu pembacaan.
macam kata seorang sahabat;
"buku tu macam buku dakwah,cuma dibawak melalui cerita"
dan aku rasa,itu bijak.lebih bijak lagi bila meletakkan IMAN sebagai asas semua perkara.lagipun,Allah dah terang-terang sebut dalam Al-Quran yang setiap umat manusia Islam ialah manusia yang beriman.kalau tidak,takkanlah dalam ayat pujukanNya,semuanya akan refer manusia as orang yang beriman.
jadi aku menungkan sejenak beberapa perkara demi kebaikan sendiri.
diri aku ini,berapa peratus imannya?tinggikah?rendahkah?sederhanakah?
dan benar.iman bertambah dan berkurang.sebab kita manusia biasa.
BERUBAH.
berubah bagi aku bukanlah sesuatu yang mudah.tapi tidak mustahil.semuanya bergantung ke diri sendiri.it's you who decide.tuan punya hati.bukan manusia lain.
bagi aku,perubahan secara berperingkat,dan perlahan-lahan tetapi istiqamah lebih besar maknanya dari berubah secara drastik,tetapi hanya sekadar sementara.betulkan yang mana kita rasa nak betulkan.jangan terlalu ikut orang lain.ukur baju di badan sendiri.lebih mudah dan efektif.
bergerak secara perlahan,tetapi teratur itu,lebih bermakna.
bagi aku lah.
dan takperlu hebahkan ke manusia lain yang kau mahu berubah.okay.perlu diceritakan ke orang yang lebih berilmu,atau kawan-kawan,supaya meraka boleh bimbing kau dengan lebih elok.cuma jangan nanti,dah diceritakan ke orang yang kau mahu berubah,tapi habuk pun tarak.
itu dah macam cakap tak serupa bikin.macam berjanji tapi tak mahu menepati.jangan mungkir janji.itu ciri manusia munafik.
SAHABAT BELAHAN JIWA
bila aku baca mengenai Irfan dan Asid dalam Sinergi,automatik aku teringat Sarah.
kawan baik aku yang satu itu.aku dan Sarah,dulu di sekolah,sama macam Asid dan Irfan.
sayang kami susah mahu dicerita.sampai dilabel lesbian oleh manusia yang kurang faham.tapi itu kisah lama.tak apa.
dan benar,kami rapatnya sukar untuk dicerita.sampai malam,tidurnya sama masa dan tempat.paling aku suka,bila sama-sama Isya' dan tahajjud pukul 2,3 pagi.lepas itu,mesti akan ada sesi luahan perasaan dan masalah.dan selalunya,airmata aku yang menitis.iya,aku cengeng.haha.
kalau dulu,semua sahabat baik di sekolah dipanggil "jambu".sebab?taktahu.kenapa dipilih jambu,aku pun tatau.kalau panggil gajus pun best jugak,kan?haha.dan bila jambu,ke mana saja berdua.even ke tandas,mau ditemankan jugak.
tapi sungguh,aku rasa kuat sekuat kuatnya.untuk manusia yang kesihatan selalu diuji,dan emosi selalu dimainkan oleh hati yang selalu tak tenang,maka dia sumber kekuatan aku.sampai sekarang,dia masih salah satu sumber kekuatan aku.
dan aku mohon,untuk tahun-tahun seterusnya,kami masih sahabat baik yang akan ke syurga bersama.inshaAllah.ameen.

Subscribe to:
Posts (Atom)