Monday, August 30, 2010

belum dewasa sebenarnya

Bismillaah..



it'e been a while since i last wrote something quite serious over here.well,let's get to the point.

sekarang,kesihatan semakin merudum.caught a cold,and now having fever.biasalah,musim nak exam ni,memang badan minta bermanja-manja.jealous dengan buku2 yang diberi perhatian lebih.

alhamdulillaah,menyambut Ramadhan di sini,tak lah terlalu hambarrrrrr seperti yang aku bayangkan.cuma ada sedikit rasa sedih dan terkilan sebab tak boleh sambut raya tahun ni,dengan mak abah.takkan ada sapuan lembut di ubun2 sejurus selepas sembahyang Subuh berjemaah di pagi raya.takkan ada riuhnya mulut mak membebel membahagi tugas menyiapkan rumah untuk tetamu.

sepanjang Ramadhan ini,sudah 4 kali aku called mak.dan setiap kali itu juga,airmata memang akan turun sederas derasnya.mujur ada selesema,yang aku guna sebagai penyamaran.malu lah dah besar menangis.cuma itulah,bila jadi begitu,aku sendirinya tersedar,yang diri aku yang aku dakwa sudah besar,sudah cukup matang,sudah boleh kahwin(kononlah),sebenarnya..masih lagi punya jiwa anak kecil mak dan abah.

bohong kalau aku kata aku sudah dewasa.

dewasa apa kalau masih teringin tidur didakap mak?
dewasa apa kalau masih teringin berjalan dipimpin tangan kasar abah?

entah.

tahun ini aku punya banyak rencana.hujung tahun ini tambah-tambahnya.tapi rancangan teliti,jika tiada keizinan Allah,apalah maknanya.semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Sunday, August 29, 2010

serak




i love FT Island's Lee Hong Ki's voice.





HAHA.suara serak-serak basah dia sedap.

Friday, August 27, 2010

lupakan

Bismillaah..



"bila engkau pergi,bulan dan bintang tetap masih di langit.
bila engkau pergi,air mengalir takkan berhenti."


true.no matter how life is treating you,you have to realize that losing someone/something is not the end of your world.

it's your world,you decide how to live on.keep the chin up,and walk on.






Wednesday, August 25, 2010

again




PUTUS LAGI GELANG AKU.


sorry.i'm really really bad at keeping valuable things.now i feel like crying.mom must be mad.and the other party must be disappointed too.


T_______________T

Tuesday, August 24, 2010

untung,betul aku untung

Bismillaah..




"benci aku seadanya sedang kamu masih mampu"

ayat paling tajam pernah aku dengar sepanjang tahun 2010 ini.terima kasih kerana menyedarkan,bahawa sesungguhnya,kebencian itu bukannya perlu aku letakkan sesuka hati di dunia ini.sebab hukuman tidak dijatuhkan atas dasar paradigma pemikiran manusia,tapi ditentukan oleh Ya Rabb yang satu.


terima kasih pada manusia yang bersusah payah mengirim sebaris ayat penuh pengajaran hari ini kepada aku.

untung aku,engkau ada.

Saturday, August 21, 2010

jika



"jika aku ini ringan macam belon helium,aku sudah ikut angin ke pangkuan kamu.
jika aku ini kepaknya bercambah dua tiga,sudah lama aku terbang mencari kamu.

aku rindu.pada kamu yang kesan hadirnya masih terlihat di hati aku."
yours truly


p/s: melankolik sungguh malam ni.adakah sebab sambut merdeka?atau sebab terlalu mengidam bakso di Malaysia?atau aku kena tidur ke sekarang ni?dah la.bye.

Monday, August 16, 2010

berbuka hari ini



Bismillaah..


alhamdulillah.selesai puasa pada hari ni.tadi berbuka dengan lauk yang sedikit extravaganza(??).

oleh kerana orang tua rumah sebelah aka Kak We teringin nak makan cucur udang,maka aku buatkan untuk beliau.mana nak dapat orang muda sebegini?haha.





nah,inilah dia,AYAM PERCIK NENAS.resepi adalah olahan sendiri,keluar spontan dari kepala aku dengan Kak We time tengah buat revision pasal gastrointestinal system di lab Patho tengahari tadi.orang lain pulun belajar,otak aku sibuk pulun fikir lauk berbuka.haha.dasar kuat makan!

oh,kalau nak resepi ini haa dia.

-Ayam(potong and bersihkan)
-Cili kering,direbus dan dikisar halus
-Serai 3 tangkai,dipotong halus
-Halia
-beberapa hirisan nenas(ikut suka.kalau nak manis,letak banyak sikit)
-bawang besar
-santan
-asam jawa atau asam keping



1) kisar semua bahan kecuali ayam(haha of course lah kan) dan santan,then tumis dalam kuali dengan sedikit minyak ya tuan tuan dan puan puan.
2) masukkan santan dan biarkan hingga mendidih dan pekat.
3) ambil ayam dan susun ke dalam bekas.
4) tuangkan kuah tadi ke atas ayam.
5) bakar dalam oven,microwave etc.


eh eh sejak bila blog merapu aku jadi blog resepi?HAHA.tak lawak.