it'e been a while since i last wrote something quite serious over here.well,let's get to the point.
sekarang,kesihatan semakin merudum.caught a cold,and now having fever.biasalah,musim nak exam ni,memang badan minta bermanja-manja.jealous dengan buku2 yang diberi perhatian lebih.
alhamdulillaah,menyambut Ramadhan di sini,tak lah terlalu hambarrrrrr seperti yang aku bayangkan.cuma ada sedikit rasa sedih dan terkilan sebab tak boleh sambut raya tahun ni,dengan mak abah.takkan ada sapuan lembut di ubun2 sejurus selepas sembahyang Subuh berjemaah di pagi raya.takkan ada riuhnya mulut mak membebel membahagi tugas menyiapkan rumah untuk tetamu.
sepanjang Ramadhan ini,sudah 4 kali aku called mak.dan setiap kali itu juga,airmata memang akan turun sederas derasnya.mujur ada selesema,yang aku guna sebagai penyamaran.malu lah dah besar menangis.cuma itulah,bila jadi begitu,aku sendirinya tersedar,yang diri aku yang aku dakwa sudah besar,sudah cukup matang,sudah boleh kahwin(kononlah),sebenarnya..masih lagi punya jiwa anak kecil mak dan abah.
bohong kalau aku kata aku sudah dewasa.
dewasa apa kalau masih teringin tidur didakap mak?
dewasa apa kalau masih teringin berjalan dipimpin tangan kasar abah?
entah.
tahun ini aku punya banyak rencana.hujung tahun ini tambah-tambahnya.tapi rancangan teliti,jika tiada keizinan Allah,apalah maknanya.semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment