semalam angin gila datang.aku macam hilang akal sekejap.aku macam lupa yang aku bukan manusia hebat dan gagah seperti yang aku selalu ingatkan saban malam.aku macam lupa yang aku masih ada Dia.
mujur tak lama gila aku.10 minit berteleku di meja belajar,bertemankan headphone gabak yang aku biarkan Someday;Nickelback berbunyi kuat.sangat kuat.full volume.10 minit sebegitu,aku diamkan semua hambur melalui airmata.sungguh saat itu,aku rasakan,aku sudah tidak mahu usaha.sungguh saat itu,aku rasakan,aku sudah tidak ada daya.
tak lama.10minit telinga dibiarkan dengan muzik sekuat tahap petala ke 8,ia jadi berdesing.tak tahan,aku langkahkan kaki ke bilik air.di dalam itu,aku hamburkan airmata.betapa aku sedar,semua kekuatan yang aku kumpul selama bertahun ini,masih belum cukup kalau mahu dikira.belum cukup.dan takkan pernah cukup,aku rasa.
lalu apa lagi yang aku mesti buat untuk terus berdiam tanpa buat semua benda2 celaka yang aku pernah buat bertahun dulu?
aku belek sony e biru,dan disitu,aku jumpa sesuatu yang aku sendiri tidak sangka.mesej yang disampaikan,biar ringkas,cuma 2 patah perkataan,masuk jauh ke dalam jiwa.dan aku rasakan,terlerai semua kusut dan hambur yang aku mau keluarkan.
dan kepada Dia,pemilik hati aku,yang diremukkan,pemilik mata aku,yang bengkak macam diserang tebuan dek menangis,telinga aku,yang aku seksa dengan bunyi berdesibel tinggi tadi..kepada Dia aku tunduk dan mohon,dengan sepenuh penuh harapan.aku mohon diletakkan kembali aku ini di jalan yang betul.aku mohon dikuatkan lagi jiwa aku ini.aku mohon diwaraskan sedikit lagi akal aku.mohon dengan sebenar benar mohon.
dan Ar-Rahim menunjukkan kasih sayangNya dengan cara paling halus.aku jumpa ini,saat aku meruntun sayu mohon diri boleh dihidupkan lagi,biarpun hanya sehari.
"wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu,dan kuatkan kesabaranmu,dan tetaplah bersedia(di perbatasan negeri-negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
[Ali-Imran 3;200]
[Ali-Imran 3;200]
apa yang dikuis di sini,bukan tujuannya untuk menunjuk;
"wah,dia ni bagus.tetap ingat Tuhan"
BUKAN.
aku sudah cakap,di sini,kotak hitam kecil aku ini,aku khaskan untuk peringatan sendiri.dan jika ada yang membaca,aku harapkan,dia juga diingatkan.tak perlu fikirkan aku.fikirkan hanya bait-bait ayat aku.aku tak pernah paksa.sungguh.
No comments:
Post a Comment