Sunday, February 14, 2010

si kurus si gemuk.

Bismillaah..


kali ni,mari bercakap tentang senaman =.='

okay,lame gila tajuk.

baik.mari mulakan.


...


there's someone on facebook,that mentioned bout the needs of exercises in women.specifically.that person said that we,women will not loose fats on our waists if we not do some exercises.and that statement also mentioned that if we have fats accumulated at our waists,we will not look hot/gorgeous/beautiful.

well,all are true.and i am happy that someone finally make that statement.

hal nya di sini,ialah,tak semua manusia kurus itu SIHAT.dan tak semua manusia gemuk itu TAK SIHAT.

sebab kesihatan ni Allah yang bagi.dan of course,kita si hamba mesti berusaha untuk jaga nikmat kesihatan yang Allah dah bagi.tapi sejauh mana kita jaga?


mari bercakap mengenai manusia kurus dahulu.

kurus.cantik.memang cantik.but again,beauty lies in the eyes of the beholder.selalu orang cakap,orang yang kurus ni kalau pakai apa saja pun mesti cantik.betulkah?

tidak.bagi aku tidak.tak semua manusia kurus itu cantik.tak semua baju yang dia pakai kena dengan gaya dia.

orang kata;orang kurus sihat.

mitos.

bagi aku tidak.kalau dah kurus cikeding sampai beli seluar nak kena alter sana sini sebab pinggang kecik sangat,aku rasa,tu macam tak bagus aje.kalau dah ala2 anorexia tu,bagus kejadahnya.kalau dah tinggal tulang,ala2 orang kebuluran,memang sah2 tak bagus.kan?

sekarang mari bercakap pasal manusia gemuk.

gemuk.orang selalu bagi sinonim gemuk dengan hodoh.ah,tak adil.tak semua orang gemuk tak cantik.

dan tak semua manusia gemuk banyak penyakit.

maybe majoriti orang gemuk ada penyakit merbahaya yang disebabkan oleh lemak2 dalam badan.

tapi tak semua manusia gemuk begitu.mungkin dia nampak gemuk sebab dia ada rangka badan yang besar.mungkin orang nampak dia gemuk sebab kawan2 dia yang lain semuanya kurus.[okay,lari point].

kalau di suruh seorang manusia gemuk,dengan seorang manusia kurus berlumba lari,adakah kau boleh gerenti si kurus akan sampai dulu ke garisan penamat?[siapa berani meh cakap dekat aku].

kurus gemuk bukan masalahnya di sini.the thing is,it's either you are healthy or not.

kalau kurus sebab tak makan nasi empat lima enam bulan without any other supplement,tu namanya memang kufur nikmat kesihatan.sanggupkah menyeksa badan sampaikan badan tak dapat nutrients yang diperlukan?sangupkah menyeksa badan semata-mata nak tubuh langsing tapi bila orang suruh buat kerja sikit,kau dah macam orang nak mati?aku tak sanggup.cakap terus-terang.

dan manusia yang dikatakan gemuk,sanggupkah menyeksa jantung anda yang berharga,dengan memakan makanan berlemak setiap masa?sanggupkah menyeksa hati dan perasaan bila orang kata anda gemuk,semata mata kerana anda malas bersenam?aku tak sanggup.

baik.pengakuan seorang Azian Hana.

aku boleh dikategorikan sebagai manusia debab[okay,tamau guna perkataan gemuk.debab nampak comel.haha.diam kau].

tapi,aku bersukan.at least,paling kurang dalam seminggu,akan ada masa aku peruntukkan untuk bersukan.paling lama 3 jam.biarlah aku makan banyak mana pun minggu tu,tapi aku tetap cuba untuk bersukan.dan aku buat segala senaman tu bukan sebab nak kurus,tapi sebab nak amalkan gaya hidup sihat.[walaupun makan tetap banyak macam apa aje].but at least,i'm trying.dan setakat ni aku puas hati.biarkan banyak manusia melabelkan aku sebagai ayam yang sedap untuk dimakan ke,ayam yang ummpphhh ke..aku tetap senyum.sebab aku tau,aku sihat.[sakit yang lama tu tolak dulu la].and i thank ALlah for keeping me alive till this very moment.

jadi,di sini,aku maksudkan,bersenam itu penting.bersenam bukan untuk jadi kurus badan cantik molek.bersenam sebab nak sihat.nak jaga jantung,supaya boleh pumped darah dengan lebih effisien.bersenam sebab nak bagi muscles di badan biasa bergerak,so that nanti2 jika kena tolong emak buat kerja,senang,takde rasa letih.sebabnya?kita dah biasa gerakkan muscles tu.

dan kalau jadi kurus dan hilang lemak tu,alhamdulillah lah kan.good for you.

kalau malas sangat,takde duit dan masa nak ke gym,or terlalu busy dengan buku2 and kerja harian,or terasa malas nak salin baju pakai baju sukan seluar sukaan kasut sukan segala,tak apa.

boleh buat senaman dalam bilik.banyaaakkk sangat senaman mudah yang boleh buat.macam..pumping,sit-up(s),lari setempat,skipping guna tali murahan[yang ni nak buat pakai baju kelawar pun boleh].agak2 ramai and bosan buat senaman skema,cubalah buat main lompat tali getah macam main waktu muda2 dulu,takpun main lubang tikus ke.okay ape.buat lah dalam 10 minit,3 kali seminggu.ni panduan untuk manusia yang paling malassss nak bersenam.habis mudah dah ni.siap boleh buat sambil tengok ugly betty ke,american idol ke ape.


and,kalau dah kurus,badan sihat tapi hati busuk pun tak guna jugak kan?tak cantik jugak kan?
kalau luar cantik,dalam mesti cantik jua.mesti.mesti cuba buat dalaman jadi cantik.

caranya?mulalah dengan bersangka baik kepada semua manusia.dan cubalah berlapang dada.inshaAllah,manusia lain akan pandang kau dengan rasa hormat.dan secara automatik,kau akan rasa diri kau cantik.[tapi sila jangan nak berlagak pulak lepas tu.]


"being fat is not a crime,and it's not a fate either.you decide."

okay.aku dah tak larat nak merapu.dah babai.

p/s: kepada manusia yang gemuk,kurus or apa2 aje lah,no heart and hard feelings okay?untuk kebaikan bersama jugak.

May Allah blesses us.

3 comments:

ღ TeRU²bOzUღ said...

huhu..aku gemok.. wuwu

Anonymous said...

dahtu,ko ni gemuk ke kurus?hehe..

satu said...

waffa; hehe.asalkan ko sehat takde penyakit yabg disebabkan oleh lemak durjana,okay lah tu.but if nak tampil bergaya,sila rajin2 kan diri anda utk bersenam.hehe.chill babe.

anonymous; because u are an anonymous,i'm not sure if u have seen me or not.in reality,of course.but i did state that i'm debab,aka gemuk.fine2.nak jugak aku mengaku.ambik.ambik.hahahahhaa