Bismillaah...
aku terjaga tengah malam ni bukan semata nak bersengkang mata.saja-saja.aku tak fikirkan yang lain,cuma automatiknya,aku terfikirkan mak abah yang lenakah tidak tidurnya?aku resahkan adik-adik yang entah dengkurnya selesa entahkan tidak.
aku kira,kali pertama aku jauh lebih 200 batu dari rumah,tinggi si lelaki tunggal dalam rumah aku hanya paras bawah sikit dari bahu aku.sekarang aku kira dia dah menyayup naik kepala aku.entah2 sekali gagau dia dah boleh hentak aku dengan segenggam tangan dia.aku kira air liur basi dia mungkin masih bertali-tali ke bantal.membentuk peta dunia entah apa2.dengkur dia,apa masih kuat dan menyakitkan telinga?ah,rindu.kalau dulu,aku paling melenting marah bila tidur aku diganggu bunyi dengkuran dia,sekarang aku boleh rasakan,yang penyebab aku terjaga ini,aku rindu dengkuran nafas tersekat di kerongkong itu.
dia satu-satunya lelaki dalam rumah.tolak abah lah.ish.kami si kakak2 suka panggil dia pondan.mula2 dia buat tak tau.tapi lama-lama,tangan kaki merayap sekali.siapa tak panas kalau dipaksa bertudung bergincu tiba2?jahat gila kakak2 ni.dan aku tengah berkira,bolehkah lagi aku apakan dia dengan lawak semurah itu bila aku jejak kaki di rumah nanti?
kalau sudah namanya lelaki,mesti macho itu yang mau ditunjukkan.tak kira depan siapa.kakak,mak,adik.kawan2 perempuan dah tentu.
aku ingat lagi,aku pernah tanyakan dia,di suatu petang damai,bila kami sama2 bergolek malas depan televisyen;
"kalau kak yan takdak,aloi sedih tak?"
dia kembang kempis hidung.
"jangan harap lah aloi nak sedih!"
aku diam.
tapi bila aku mau pergi jauh setahun setengah lepas,dia peluk aku erat2.dalam sedu dia,semua ayat aku berkecai.sungguh.dia dengan aku tak serapat aku dengan si degil nombor 2.ah boleh kata,aku ni tak rapat dengan siapa2.sebabnya aku ini duduknya di asrama.seminggu sekali baru nak sua muka dengan yang lagi berlima.rahsia sesama mereka,aku tak pernah tau.dan aku tak pernah tanya.
tapi sungguh.kontrol la sekuat mana pun,dia akan menangis jugak tiap kali aku balik,dan tiap kali aku akan pergi.setiap kali.mak sendiri terkejut dengan dia.tapi bulan tiga ni,apa masih begitu dia...
bila aku tanya khabar isi rumah,yang si gemuk bongsu mesti mau nak membebel juga.jarang sekali si bongsu tu terlepas bicara dengan aku.tapi beberapa kali ni,lewat minggu lalu,dia,si lelaki tunggal itu minta bersuara sendirian dengan aku.
dia khabarkan dia sudah besar.mahu dibiarkan keluar sendirian dengan kawan2.aku usulkan jangan.dia mendengus.dan terharu aku bertukar jadi risau.mak,betul dah besar budak ni.
tak apa,balik bulan tiga,kita tengok siapa yang mengalir airmata.kalau dia,maka tak apa.dia masih adik lelaki tunggal aku yang gemuk dan penuh dengan airliur basi tiap kali bangun pagi.
ah Aloi,Kak Yan betul2 rindu hang ni..
No comments:
Post a Comment