mode: pecah
aku sekarang dah pecah sini sana.tak tahu.betul betul tak tahu.aku taip semua ini dengan mata kabur dan jari yang terketar ketar.
kalau kau tahu apa rasanya ini,kau sama saja nanti.
aku mungkin bukan manusia paling susah untuk menangis.tapi juga bukan mudah,melainkan aku disentuh rasa yang aku sendiri tak faham.ah bukan.bukan cinta.bukan sedih.bukan apa.kan dah cakap,aku tak tahu ini apa.
aku balik tadi,aku buka ym.dan ada seseorang mengirim sesuatu.
aku kenal dia,dan aku tak mahu tahu apa tujuan dia.dan aku tak mahu kisah apa yang dia rasa bila dia baca ini.
tapi yang dihantar dia,buat aku rasa mahu jatuh tersungkur tersembam.
dan kerana tak tertahankan,aku capai comforter coklat hujung kaki,aku tarik laju terus tutup katup satu badan,dan aku sembam muka ke bantal.
apa lagi ini,apa lagi?
cukup cukup lah.
sudah penat.terlalu.jangan ditambah lagi bebanan aku.
dan aku ke blog dia.sungguh.makin bertambah sedihnya,bila tahu senior aku,yang dahulu pernah ditentang matanya,pernah dibalas senyumnya,kini sudah berbalut kain putih,di dalam tanah,bersama yang menanya bagi pihak Dia.
betapa dunia ini singkat.bezanya hanya satu saat.kematian.
dan kepada yang mengirim di ym tadi,jawapan aku;
"maaf.tak mahu."
pengirim,aku tahu kau baca.
2 comments:
innalillah. i just know it bila baca blog ko. uhuks
from Him we come,and to Him we will returned.
tu la.nasib baik batch kita semua okay.semoga semuanya okay aje.InsyaAllah.
Post a Comment