mode:grateful for being alive till now
amaran:entry ini dibuat atas desakan seseorang yang mencabar kewibawaan aku sebagai manusia sporting di atas muka bumi ini.siot kau,siot.kena kau bila aku balik Malaysia nanti.
sekarang saya nak cakap tentang seseorang.jangan teka.kalau baca,baca aja.okay?
ada seseorang itu,yang setiap kali aku fikirkan dia,tak kira dalam hati atau kepala,aku rasa aku sudah buat dosa hati.
but my heart did skip a beat.[okay okay.metaphor semata mata]
seseorang itu ada yang saya idamkan.ish.geli pula buat karangan lelaki idaman guna bahasa melayu.
=.='
okay okay.i'll do it.
first,mesti pandai agama.paling lekeh pun,macam yang mak saya kata;
"paling cikai pun kenalah reti jadi imam dengan baca doa lepas sembahyang"
oh.dia ada yang itu.
kedua,mesti pandai.
erk,dia....pandai.yes,pandai.
ketiga,mesti mahu kaya,kan kan kan?
yang ini...erk..boleh tahan la.
paras rupa,yaaa..kalau ada hidung lengkap serba serbi cukuplah.tapi kalau nak bagi yang macam Lee Min Ho,takpun paling cikai pun Hwang Tae Kyung oppa pun apa salahnya.aku redha.dah diam ayam diam.
seterusnya,mestilah humble tapi tak banyak mumble.[apehal kau ni ayam].okay okay.you get the point.yes.humble.aku tak suka orang yang kaya lepas tu cakap;
"baju ni mahal weyh aku beli kat Topshop segala"
kalau setakat depan kawan-kawan rapat tak apa lah.ni sampai depan manusia yang tak pernah bertentang mata dengan kau pun,apa cerita?jadi,mesti humble tapi tak mumble.
oh.yang ini,rasa-rasanya macam ada.kalau tak ada,masih boleh dipupuk guna penampar jepun[i kid.i kid.]
next,mesti reti bergaul dengan manusia lain.tak terlalu-sial[sosial] dan tak terlalu pemalu.kalau dah nak berjabat tangan dengan kawan kawan sejantina yang lain pun malu,apakah jenis nya itu?
and dia,ada di tengah tengah.
next,tinggi.yaaaaa tuan tuan puan puan.walaupun aku ini hanyalah setinggi 159cm setelah diukur oleh siti hajar adam siang tadi,tapi aku nak jugak si tinggi.nak jugak.kalau tinggi 159cm sama dengan aku boleh pergi kaunter daftar yang lain.haha.ayam pergi berak lah.nak yang tinggi padahal diri sendiri pendek.ces.
ouh.dia tinggi.
seterusnya[mangai ambik kau penanda wacana sebijik]...kena specky kalau boleh.
ouh,bukan diskriminasi orang mata clear,tapi macam cute aje orang pakai spectacles.mungkin sebab dia ada 4 mata[wth?].
ouh,yang ni tak boleh didedahkan,sebab nanti akan timbul gosip liar yang hangat membara.lagi hangat dari Leina Hangat.
lagi...mesti tak suka merajuk.kamon lah wei.laki?merajuk?cannot be put on the same sentence.tau tau laki ada perasaan,tapi kamon lah.ingat rajin ke nak melayan manusia gagah yang merajuk.omg.omg.geli.
lagi..ahhh..nak yang tau main/minat/tonton/menghargai sukan.tak kisah basketball,bola,badminton,futsal,bola tampar,bola jaring wtv.yang penting bukan minat golf,boling padang dan snooker.yang tak keluar peluh taknak okay.
ah berambus kau ayam.banyak pulak cekadak kau nak itu ini.haha.
takpe.aku masih akan teruskan kegelian post ini.baru kau tau langit tinggi rendah.
lagi...haa,tak boleh buta IT.i repeat.TAK BOLEH.paling cikai kena tau nak hidupkan laptop macam mana.
=.='
menghormati orang tua,menyayangi si muda.bukan perempuan muda bergetah yang meliuk lentok sana sini.please.geli aku fikirkan.dia kena sahut cabaran kerajaan untuk menjadi bangsa yang berbudi bahasa.paling lekeh kalau dengan orang tua,mesti tau bila nak salam,bila nak tunduk sambil lalu[wth kau ayam.tu untuk perempuan okay].lagi..mesti tau nak tanggal kasut bila nak masuk rumah orang,bagi salam,salam cium tangan okay dah aku stop untuk yang ini.
dia ada kot yang ini.kalau tak ada masih boleh dipupuk guna kickback ala ala tomoi Siam.
dan dia kena lah seorang manusia yang caring.bertimbangrasa.kalau time aku penat balik dari kelas,tak telefon pun tak apa kot.kalau time tengah sedap makan,tengok tv rancangan cartoon best,atau tengah study,tak mesej atau call pun lagi aku tak kisah.tapi kalau sakit kena tanya.
yang ini,annoying weyh aku rasa bila dia buat.sumpah rasa macam nak off handphone,tapi nanti abang Airtel telefon nak buat promotion tak dapat nak get through the line.macam mana macam mana.kesian weyh kesian.
sengal.boleh blah la abang Airtel yang menyusahkan hidup asyik kena answer call bangang.
oh banyak lagi nak senarai tapi dah malas.nanti nantikan part entry menggelikan usus dan meng-induced vomitting yang projectile[eceh].
so,in a nut shell[dulu selalu salah buat on a nut shell.tak tau macam mana boleh dapat A untuk English],dia ada semua ciri ciri di atas.tapi...
aku tak cintakan dia[ambik kau ayat jiwang gaban tahap asbestos meletup petala ke 8].aku geli weyh.geli.
aku suka dia aja.tak erk..macam ayat di atas lah.
and that is the issue here.
aku mandi tetap basah,siap shampoo dan guna conditioner lagi.
aku makan,hah,tak payah nak cakap.siap tambah tambah nasi lauk lagi.kalau makan kat kedai siap ada side order lagi.haha.
aku tidur nyenyak weyh nyenyak.siap jatuh semua patung patung atas katil[maaf di mohon kepada si Aki,Leman,Gu Jun Pyo dan ah lagi satu lupa nama patung aku tu].
itulah dia.dan sudah penat mahu menyatakan tidak,tapi masih tak di nyatakan secara terang dan nyata 2 harakat.
ah,KIV dulu ah.time cuti cuti nanti baru fikir atas flight ke,bas ke ape ke.sekarang ni nak pergi tidur sebab esok ada clinical posting yang hmmpphkgjgnjf tak tahu nak describe takut ter-best pulak ke ape macam hari first.
tapi kita merancang,Allah yang tentukan.kalau Dia nak bagi yang sebaliknya,terima denganredha[acececce].tu dah cukup bagus kalau dapat,kalau tak?Nauzubillah..
dan kepada yang mencabar;
hah,ambik kau.siap ada entry untuk second edition aku buat.balik nanti kau belanja lah aku Carls Junior sebijik.cheese lebih ah.
dah babai.
ohsorandom:masih cuba jadi rajin.
6 comments:
lawak gile weyh..
demand tol..
ha3..
kire tggi ah gk ko..
aq pun 159.5 jer kot..
hee..=P
ha..
sape kah yg dimksudkan di ats nh..
jeng3..~~
haha.demand tak demand,aku tak kiraaaaa...nak jugaaakkk..
haha.kau fikir la sendiri ni sape okay.sekali teka aje.takleh byk2 kali.
aku mmg dah tinggi weyh.ngaaa
Ni aku quote qish ah.
"159??"
"Kenape? Rendah ke?"
"Kepala haruk die 159. Aku pun 155-156. Kalau pakai heels tu yelah."
Hehehehehe.
Banyak points ko ayam. Kalo buat karangan bm dpt 30/30.
aahhh..bakish mmg pengdengki.dah ah ponteng clinical.siot.
betul 159.ogie kot yg check.takkan tak percaya.hahaha
nisa,mmg byk.tp calon tu mcm tak ada aje.lain ah bakish.muahahahahahaha
lelaki idaman?fuiyoohhhhhh haha.dont make a list you'll fine totally the OPPOSITE one.seriously ;)
tau2.tapi ada siot cabar aku lah weiiii..geram..
takpe.itu semua khayalan semata mata,based on cerita korea.haha
tapi,what if i make a wrong list?ngahaha.mesti lah dapat mcm yg aku nk.caitt
Post a Comment